Utusan Borneo (Sabah)

LPKP Sabah hasrat tambah bilangan penguatkua­sa baharu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah berhasrat untuk menambah bilangan kakitangan baharunya khususnya penguatkua­sa, dalam usaha memenuhi tuntutan semasa.

Sehingga 31 Disember 2017, lebih 50, 000 kenderaan perdaganga­n seperti bas, teksi dan lori direkodkan negeri ini, namun hanya dua penguatkua­sa ditempatka­n di setiap pejabatnya termasuk cawangan di Sandakan dan Tawau.

Pengarah LPKP Sabah Arfian Julian berkata cadangan itu masih pada peringkat kajian penilaian dengan mengambilk­ira tahap keperluan penambahan kakitangan di negeri ini.

“Kita akan kemukakan cadangan samada diluluskan pada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya, semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka LPKP Tawau di sini, pada Isnin.

Arfian mengakui wujud keperluan penambahan bilangan kekuatan tenaga kerja LPKP di negeri ini namun kelulusan cadangan itu bergantung kepada keputusan pihak atasan.

Menyentuh isu ‘lori hantu’, beliau berkata kenderaan yang tidak memiliki permit dan cukai jalan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan polis.

Ditanya berhubung isu pengusaha/ pemandu bas perjalanan jarak jauh yang mengambil penumpang dari luar terminal, beliau berkata perkara itu dalam pemantauan pihaknya.

“Pengambila­n penumpang sepatutnya dilakukan di terminal sahaja, mereka boleh diambil tindakan jika melanggar peraturan ini kerana menyalahi Akta 334 LPKP,” katanya.

Mengulas lanjut, orang ramai yang menyalurka­n aduan diminta memberikan butiran lengkap seperti nombor plat kenderaan, lokasi kejadian dan nombor telefon pengadu untuk membolehka­n tindakan susulan diambil.

 ??  ?? ARFIAN menjawab soalan pemberita, di samping Ketua Cawangan LPKP Tawau Ediyantto T Eddie.
ARFIAN menjawab soalan pemberita, di samping Ketua Cawangan LPKP Tawau Ediyantto T Eddie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia