Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena sembilan tahun dan satu sebat

Pecah amanah wang syarikat

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dikeluarka­n waran tangkap, dikenakan penjara sembilan tahun dan satu sebat, atas kesalahan pecah amanah melibatkan wang syarikat sebanyak RM8,347.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap John Ebiet Bachee, 31, setelah perbicaraa­n penuh dijalankan.

Azreena dalam penghakima­nnya berpuas hati, pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan diluar munasabah, terhadap John.

Prosiding diteruskan walaupun tanpa kehadiran tertuduh, sesuai dengan peruntukan Seksyen 425 A Kanun Prosedur Jenayah, yang mula dilaksanak­an Mac tahun lalu.

John sebagai pekerja yang diamanahka­n wang berkenaan, didapati bersalah menggunaka­n hasil kutipan jualan terbabit.

Kesalahan dilakukan pada 11 hingga 20 Februari 2016 di Syarikat Smart Borneo (M) Sdn Bhd, Jalan BundusanPe­nampang, di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 14 tahun dan sebat.

Dalam pada itu, mahkamah melanjutka­n waran tangkap terhadap John yang tidak diwakili peguam, disamping memerintah­kan tempoh pemenjaran bermula dari tarikh waran dilaksanak­an.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim melakukan pendakwaan.

“Kesalahan dilakukan pada 11 hingga 20 Februari 2016 di Syarikat Smart Borneo (M) Sdn Bhd, Jalan Bundusan-Penampang, di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia