Utusan Borneo (Sabah)

Cuba curi tayar, lelaki kena 16 bulan

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dikenakan penjara 16 bulan, oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan cuba mencuri dua biji tayar.

MohdFazlyB­aslidijatu­hkan hukuman oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan seorang yang masih bebas, pada 4 Julai jam 7.50 malam, di sebuah kedai Most Wanted Motor, Inanam, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum setahun dan tidak lebih daripada tiga tahun, serta boleh dikenakan denda.

Merujuk fakta kes, pada hari kejadian semasa pengadu sedang bekerja, beliau diberitahu rakan sekerjanya, melihat seorang lelaki yang tidak dikenali (tertuduh) menolak sebiji tayar.

Pengadu bersama dengan seorang lagi pekerja terus mengejar dan menahan tertuduh berhampira­n dengan kedai terbabit.

Tertuduh seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatan lanjut dilakukan.

Ketika rayuan, Fazly yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana masih mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia