Utusan Borneo (Sabah)

Masuk Sabah secara haram, lapan warga asing dipenjara

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Lapan warga asing antaranya dua wanita, dikenakan penjara empat bulan hingga lima bulan, kerana memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap semua tertuduh, yang mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit salah, boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun atau keduaduany­a, serta sebatan.

Semua tertuduh ditangkap di dua daerah berasingan, Kudat dan Kota Belud, antara 28 Jun dan 4 Julai.

Mahkamah memerintah­kan empat lelaki dikenakan sebatan, namun dikecualik­an wanita dan mereka yang berusia 20 tahun ke bawah.

Disamping itu, semua tertuduh juga diarahkan dirujuk ke Jabatan Imgiresen, untuk tindakan lanjut dan dihantar pulang ke negara asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia