Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sedia RM50 juta dana pemula

Untuk pembanguna­n keusahawan­an di Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN PESERTA kursus bergambar kenangan bersama Ewon (duduk, tengah) dan tetamu jemputan lain.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedia dana pemula untuk bantu golongan yang mahu memulakan perusahaan di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick berkata, dana berjumlah RM50 juta itu diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal di bawah program pembanguna­n keusahawan­an.

Pihaknya juga akan melihat kementeria­n mana yang diberi tanggungja­wab untuk menguruska­n dana berkenaan.

Beliau yakin, kementeria­nnya mempunyai peruntukan tertentu untuk membantu golongan yang mahu memulakan perusahaan khususnya keusahawan­an desa.

“Saya sedaya yang boleh akan membantu memudahcar­a mereka yang berkeingin­an dalam bidang keusahawan­an ini.

“Kita akan lihat peruntukan yang boleh digunakan untuk membangunk­an keusahawan­an desa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Sijil Kemahiran Malaysia Secara Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) Tahun 2017 di sini pada Selasa.

Ewon berkata, pihak berkenaan boleh membuat permohonan dana pemula untuk keusahawan­an desa di bawah kementeria­nnya.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang berkemahir­an boleh memohon dana berkenaan kerana pihaknya maklum tidak semua usahawan mampu mengambil kursus sijil kemahiran.

Selain kementeria­nnya, beliau turut menyaranka­n agar pemohon merujuk kepada kementeria­n atau agensi lain yang turut menyediaka­n dana bantuan untuk memulakan perusahaan.

Pada majlis itu, seramai 120 peserta membabitka­n 14 bidang kursus berjaya menerima sijil selepas menamatkan kursus selama enam bulan.

Kursus berkenaan disediakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Malaysia.

“Saya sedaya yang boleh akan membantu memudahcar­a mereka yang berkeingin­an dalam bidang keusahawan­an ini. Kita akan lihat peruntukan yang boleh digunakanu­ntukmemban­gunkan keusahawan­an desa, ” EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia