Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia berhak kemuka harga baharu air kepada Singapura: Bekas Exco

-

JOHOR BAHRU: Malaysia mempunyai hak untuk mengemukak­an kadar baharu harga jualan air mentah yang ditetapkan untuk Singapura, Ketua Pembangkan­g Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.

Bekas pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor itu berkata hal berhubung hak itu telahpun disahkan oleh pihak peguam negara.

Malah menurutnya semakan semula terhadap kadar jualan sedia ada juga adalah dibenarkan dalam perjanjian yang dimeterai antara Singapura dan Malaysia.

“Justeru, kerajaan negeri (Johor) tidak perlu bimbang. Saya percaya (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai ‘political will’ untuk melaksanak­an tuntutan (menaikkan kadar) ini, walaupun berkemungk­inan Singapura akan mengaitkan ia dengan isu Pulau Batu Puteh selain menaikkan juga harga air terawat yang Singapura bekalkan kepada Johor,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Beliau menggulas hasrat kerajaan negeri Johor yang mahu menaikkan harga air mentah yang dijual kepada republik itu pada kadar yang berpatutan dan bersesuaia­n dengan keadaan semasa.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, harga baharu itu berkemungk­inan sama dengan kadar jualan air mentah yang ditetapkan untuk kerajaan Melaka iaitu 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia