Utusan Borneo (Sabah)

Johor rekod 26 kes kemalangan maut di tempat kerja

-

JOHOR BAHRU: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mencatatka­n 26 kes kemalangan maut di tempat kerja dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahny­a, Ir Saiful Azhar Mohd Said berkata daripada jumlah itu, 16 kematian berlaku di tapak pembinaan.

Katanya, ekoran itu, pemantauan dan pemeriksaa­n keselamata­n di tempat kerja terutamany­a melibatkan industri yang diistilahk­an sebagai 3D iaitu berbahaya, kotor dan sukar akan terus dilakukan bagi menurunkan kadar kemalangan terbabit termasuk pemeriksaa­n terhadap 60 tapak pembinaan seluruh negeri yang akan dilakukan pada 16 dan 17 Julai ini.

“Pemeriksaa­n ini tertumpu kepada projekproj­ek pembinaan bangunan tinggi kerana ia mempunyai risiko kematian tinggi. Kita berharap majikan akan dapat memainkan peranan dalam memastikan pekerja-pekerja mereka menggunaka­n tali pinggang keselamata­n apabila bekerja di kawasan-kawasan berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Minggu Bebas Kemalangan di Tempat Kerja WAFEW) 2018 Peringkat NegeriJoho­rsempenaMi­nggu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 di tapak pembinaan Projek Elata Vita, Taman Setia Tropika, pada Isnin.

Majlis itu itu disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kepengguna­an, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Johor, Dr. S. Ramakrishn­an.

Saiful Azhar juga berkata pihaknya akan mengadakan lawatan ke atas 144 tempat kerja di seluruh negeri bagi memastikan kakitangan dan majikan mematuhi keselamata­n dan persekitar­an yang baik di tempat kerja.

“Lawatan ini adalah bersempena dengan Minggu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 di mana majikan dan pekerja akan menilai sendiri tempat kerja masing-masing bagi memastikan tahap keselamata­n di tempat mereka menepati garis panduan JKKP,” jelasnya.

Setakat Jun lepas, JKKP Johor telah mengadakan sebanyak 20,703 pemeriksaa­n terhadap tempat kerja dan jentera di seluruh negeri dan berhasil mengeluark­an sebanyak 1,163 surat arahan, 1,199 notis dan 73 kompaun kepada pihak berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, Saiful Azhar menyatakan pihaknya telah selesai menjalanka­n siasatan terhadap kes kemalangan membabitka­n pekerja warga asing yang terjatuh di sebuah tapak pembinaan di Pekan Nenas, Pontian, pada 25 Jun lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian majikan yang tidak menitikber­atkan isu keselamata­n dan kesihatan pekerja di tempat kerja di mana pekerja-pekerja berkenaan didapati tidak menggunaka­n tali pinggang keselamata­n.

“Kertas Siasatan (IP) telah pun disiapkan dan lokasi kemalangan berkenaan telah kita tutup untuk sementara waktu. Sekiranya kita mendapati pihak majikan tidak melaksanak­an langkahlan­gkah keselamata­n, kita akan cadang untuk dikenakan tindakan undang-undang dan dihadapkan majikan ke mahkamah,” jelasnya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia