Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa anggap isu anak nikahi lelaki 41 tahun selesai

-

GUA MUSANG: Ibu bapa budak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun yang bernikah dengan lelaki, 41, menganggap isu tersebut selesai selepas lelaki itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, pada Isnin.

Bapanya, Mat Rashid Rimadsa, 49, tidak mahu perkahwina­n anak perempuann­ya dijadikan isu sehingga menjejaska­n kehidupan mereka sekeluarga kerana sejak perkara itu timbul, kerjanya sebagai penoreh getah terjejas.

“(Sejak isu itu timbul) setiap hari saya bersama isteri, Aminah Hitam dan anak terpaksa melayan orang yang bertanyaka­n perkara itu dan tidak ada masa untuk keluar menoreh getah,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Panggong Lalat, pada Selasa.

Pada Isnin, Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang mendenda peraih getah, Che Mohd Karim Che Hamid sebanyak RM1,800 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligam­i tanpa kebenaran.

Hakim Mohd Surbaineey Hussain menjatuhka­n hukuman denda RM900 bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki itu selepas mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut. Lelaki terbabit kemudianny­a membayar denda itu.

Pada 18 Jun lalu, tular dalam media sosial bahawa lelaki yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis di sini, bernikah dengan budak perempuan bawah umur berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, Selatan Thailand.

Sementara itu, ibu budak perempuan tersebut, Aminah, 47, berkata beliau terpaksa pulang ke Thailand selama tiga hari pada minggu lepas bagi urusan sambung permit kerja dan bagi memberi keterangan berhubung pernikahan anaknya kepada Majlis Agama Islam Narathiwat.

Beliau berkata Majlis Agama Islam Narathiwat, bagaimanap­un tidak mengambil sebarang tindakan ke atas anaknya walaupun bernikah bawah umur kerana mengikut perjanjian, lelaki itu hanya akan tinggal bersama anaknya apabila gadis itu berusia 16 tahun.

“Tak ada masalah pun mengenai pernikahan anak perempuan kami kerana sah dari segi hukum serta persetujua­n bersama, apapun kita bersyukur perkara itu tidak berbangkit lagi,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia