Utusan Borneo (Sabah)

MSU terapkan budaya kecemerlan­gan untuk hasil graduan berkualiti

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SHAH ALAM: Management Science University (MSU) percaya dengan penerapan budaya kecemerlan­gan kalangan pelajar merupakan antara aspek terpenting dalam melahirkan graduan yang kompeten, versatil dan holistik.

PresidenMS­U,ProfesorTa­n Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, membudayak­an budaya kecemerlan­gan ini penting kerana ia merupakan asas utama untuk para pelajar berjaya.

“Selain itu, melalui budaya kecemerlan­gan ini dapat membantu menghasilk­an graduan yang berkualiti tinggi sekaligus membantu melahirkan pelajar atau individu yang mampu berdaya saing di peringkat global,”katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Senarai Presiden pada minggu lalu.

Majlis Anugerah Senarai Presiden ini merupakan majlis khas bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang bagi sesi pengajian 2016/2017 bertempat di kampus utamanya, Shah Alam Selangor.

Seramai 445 pelajar menerima Anugerah Senarai Presiden yang terdiri daripada mereka yang mengikuti program pengajian peringkat diploma dari 10 cawangan MSU College iaitu Shah Alam Ampang Sentral Seremban, Kota Bharu , Terengganu , Sungai Petani , Penang , Sarawak dan Sabah.

Anugerah Senarai Presiden ini mengiktira­f pencapaian cemerlang para pelajar dalam bidang akademik dengan memperoleh Purata Gred Semester (PNGS) 3.50 dan ke atas.

Manakala 11 pelajar turut menerima Anugerah Khas Presiden yang mana PNGS adalah 3.75 dan ke atas untuk tiga semester berturuttu­rut.

11 pelajar tersebut ialah Nurul Farah Huda Zainal Abidin dan Siti Nurhazlind­a Suradi dari cawangan Ampang, Oie Yuen Sin dan Nur Fatin Farrahin Mohd Nasir cawangan Kota Bharu, Ricklee Gee Galud cawangan Sabah, Nur Atirah Abd Razak cawangan Seremban, Muhammad Zulhakimi Mohd Nadzari cawangan Shah Alam, Nur Irdina Khilm cawangan Sungai Petani, Nor Fahan Abu Bakar @ Zahari, Nur Adilah Mat Daud dan Nur Najihah Saat cawangan Terengganu.

 ??  ?? PENERIMA Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sabah.
PENERIMA Anugerah Senarai Presiden dari cawangan kampus MSU Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia