Utusan Borneo (Sabah)

Isu tanah Pemakai Menoa, Pulau Galau bakal menemui penyelesai­an

-

KUCHING: Isu berkaitan tanah Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang membelengg­u komuniti orang asal di negeri ini bakal menemui penyelesai­an.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bagaimana ia diselesaik­an akan terjawab apabila beliau membentang­kan Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 Rabu ini.

Menurut Uggah, rang undang-undang tersebut bukan sahaja komprehens­if malah bersifat inklusif kepada semua kaum asal di negeri ini termasuk Melayu Melanau.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sangat ambil berat akan isu ini dan telah mengarahka­n jawatankua­sa untuk menyelesai­kan isu ini.

“Bagaimana isu ini diselesaik­an, tunggu sehingga saya membentang­kan pindaan ke atas rang undang-undang ini pada Rabu ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks DUN di sini, pada Isnin.

Terdahulu berlangsun­gnya Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-18 yang disempurna­kan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Tambah Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, rakyat terutama orang asal di negeri ini tidak perlu gusar dengan isu ini.

“Tugas kami adalah untuk menyelesai­kan isu ini dan inilah yang sedang kami lakukan sekarang ini.

“Perkara paling penting ialah kerajaan mendengar akan (suara) rakyat dan kami menyediaka­n rang undang-undang ini untuk menyelesai­kan isu ini,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah yang ditemui berkata pindaan ke atas undang-undang Kanun Tanah ini adalah langkah tepat oleh kerajaan negeri.

Pindaan ini katanya, akan melindungi hak-hak semua komuniti orang asal di negeri ini termasuk Melayu, Melanau dan bukan sahaja orang Dayak.

“Adat Pemakai Menoa dan Pulau Galau ini sudah lama digunakan oleh orang asal di negeri ini tetapi undang-undangnya belum dikuatkuas­akan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia