Utusan Borneo (Sabah)

Projek Pan Borneo Sarawak siap 22 peratus

Angka ini mendahului dua peratus jadual siap, namun beberapa seksyen sedikit terlewat daripada jadual

-

KUCHING:Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak ketika ini secara keseluruha­nnya sudah siap 22 peratus namun beberapa seksyen sedikit terlewat daripada jadual.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata antara seksyen yang terlewat daripada jadual ialah dari Bulatan Serian hingga ke persimpang­an Pantu (Sri Aman).

“Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo agak mengikut jadual, tetapi ada beberapa sektor sedikit terlewat tetapi peratusan tertinggin­ya hanya negatif 7.9 peratus, iaitu di Bulatan Serian hingga ke persimpang­an Pantu.

“Secara keseluruha­n projek ini sudah siap 22 peratus, mendahului dua peratus daripada sasaran,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di Wisma SABERKAS di sini pada Isnin.

Baru juga percaya projek itu dapat disiapkan mengikut jadual berdasarka­n statistik menunjukka­n ketika ini mendahului dua peratus.

“Kita tidak boleh meramal masa depan, tetapi kalau mengikut peratusan umum ia sudah siap, iaitu mendahuli dua peratus daripada sasaran awal dan jika melihat berdasarka­n statistik itu, ia okey.

“Namun kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan,” katanya.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak terdiri daripada 11 pakej jajaran melibatkan kos keseluruha­n RM16.6 bilion dengan fasa pertama dijangka siap dalam tempoh lima tahun iaitu pada 2021.

Sementara itu, Baru berkata 50 sekolah daif yang dinaik taraf oleh KKR menerusi JKR dijangka siap sepenuhnya pada hujung Ogos depan dengan kesemuanya dilakukan menggunaka­n sistem IBS.

Beliau berkata JKR telah diberi kepercayaa­n menaik taraf 50 sekolah daif di negeri ini dan setakat Julai ini hanya tinggal sebuah sekolah lagi kerjakerja menaik taraf sedang dilakukan.

“Untuk kali ini 116 sekolah daif di Sarawak dikenal pasti untuk dinaik taraf, 50 diberikan kepada KKR manakala 66 lagi kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sekolah daif yang diberikan kepada kami dan dilaksanak­an oleh JKR, tiada masalah, semuanya akan siap menjelang Ogos depan, cuma yang diberikan kepada KPM ada masalah,” ujarnya.

Beliau turut memberitah­u bahawa ketika ini terdapat 210 sekolah daif di Sarawak menunggu untuk dinaik taraf dan ia akan dilaksanak­an pada bajet akan datang.

Baru turut berkata KKR akan mempertimb­angkan tindakan mengambil alih 66 sekolah daif yang diberikan kepada KPM untuk dinaik taraf.

Hadir sama Ketua Setiausaha KKR Datuk Seri Zohari Akob dan Pengarah JKR Sarawak Datu Zuraimi Sabki.

“Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo agak mengikut jadual, tetapi ada beberapa sektor sedikit terlewat tetapi peratusan tertinggin­ya hanya negatif 7.9 peratus, iaitu di Bulatan Serian hingga ke Pantu.” persimpang­an BARU BIAN Menteri Kerja Raya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia