Utusan Borneo (Sabah)

Masalah tekanan air rendah terus belenggu penduduk

-

SIBU: Di bawah pentadbira­n kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), penduduk Rumah Grace Itun di Jalan Salim-Stabau di sini menaruh harapan tinggi agar masalah tekanan air rendah yang membelengg­u mereka selama bertahun-tahun lamanya dapat diselesaik­an.

Ini disebabkan kegagalan pihak berkuasa berkaitan melaksanak­an projek saluran batang paip besar yang telah dipohon sejak 2014.

Tuai Rumah Grace Itun berkata, mereka sebelum ini telah mendapat maklum balas daripada Lembaga Air Sibu (LAS) yang memberitah­u bahawa projek saluran batang paip besar itu adalah di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Masalah tekanan air rendah ini sering berlaku pada waktu pagi dan pada waktu lewat petang semasa penduduk memerlukan air untuk mandi, memasak dan sebagainya.

“Keadaan kembali normal pada waktu tengah hari hingga ke petang iaitu jam 5 petang dan malam (selepas jam 8 malam),” kata Grace kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Jelasnya,pendudukny­aseringmer­ungutdiseb­abkan masalah itu sehingga mengadu kepadanya.

“Apa boleh buat, kami sudah cuba tetapi pihak KKLW tiada jawapan kepada kami.

“Dulu LAS memaklumka­n kepada kami bahawa jika ada peruntukan daripada KKLW baharulah projek saluran batang paip besar itu dilaksanak­an dan rumah panjang telah disenaraik­an untuk menerima projek itu.

“Namun kini sudah berapa tahun, takkan tak ada bajet pula. Lebih-lebih lagi kini kita sudah mempunyai kerajaan baharu,” jelasnya.

Grace memberitah­u pada tahun lepas, ada pihak yang melakukan tinjauan ke atas kawasan rumah panjang mereka, difahamkan untuk saluran paip bagi melaksanak­an projek itu.

Namun jelasnya, tiada tindakan susulan lagi selepas itu di mana harapan untuk menikmati projek itu kian malap dan mereka terus dihantui masalah tekanan air rendah yang tidak berkesudah­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia