Utusan Borneo (Sabah)

Bank Rakyat jalin kerjasama tawar Pembiayaan Pendidikan-i

-

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat kelmarin menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP), AKATI Consulting (M) Sdn Bhd, Admal Aviation College dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bagi membiayai kos pengajian pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menerusi MoU itu, pelajar yang berkelayak­an boleh memohon Pembiayaan Pendidikan-i sehingga RM1 juta dengan tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun pada kadar keuntungan yang kompetitif.

Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan) Bank Rakyat Datuk Amirudin Abdul Halim berkata, kerjasama itu adalah inisiatif Bank Rakyat bagi mempromosi­kan Pembiayaan Pendidikan-i dengan lebih meluas.

“Di samping itu, Bank Rakyat juga dapat menyumbang kepada pembanguna­n modal insan negara bagi melahirkan masyarakat yang berkemahir­an tinggi,” katanya selepas majlis menandatan­gani MoU, di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKATI Consulting (M) Sdn Bhd, Krishna Rajagopal; CEO Admal Aviation College Abd Malek Packeer Mohamed dan CEO KPTM Nordin Ahmad.

Amirudin berkata, Bank Rakyat tidak menetapkan sasaran jumlah pelajar yang bakal menerima manfaat itu bagi melanjutka­n pelajaran di dalam dan luar negara.

“Kami bersedia menerima permohonan bagi membiayai kos pengajian asalkan mereka melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Pembiayaan yang diperuntuk­kan ini tidak terhad kepada mereka yang belajar di pusat-pusat pengajian terlibat dengan MoU hari ini sahaja, tetapi ia terbuka kepada semua orang,” katanya.

Syarat kelayakan bagi memohon pembiayaan itu ialah warganegar­a Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan serta, pendapatan minimum bulanan pemohon atau penjaga adalah sebanyak RM2,000.

Permohonan boleh dibuat melalui UMP, AKATI Consulting (M) Sdn Bhd, Admal Aviation College dan KPTM serta menghubung­i Bank Rakyat di talian 1-300-805454 atau laman sesawang, www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut. — Bernama

 ??  ?? AMIRUDIN (tengah) pada majlis penyerahan MoU antara Bank Rakyat bersama UMP, AKATI Consulting (M) Sdn Bhd, Admal Aviation College dan KPTM sempena Majlis Usahasama untuk Pembiayaan Pendidikan-i di Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut...
AMIRUDIN (tengah) pada majlis penyerahan MoU antara Bank Rakyat bersama UMP, AKATI Consulting (M) Sdn Bhd, Admal Aviation College dan KPTM sempena Majlis Usahasama untuk Pembiayaan Pendidikan-i di Menara Bank Rakyat di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia