Utusan Borneo (Sabah)

E.A. Technique catat prestasi kewangan lebih baik pada setahun penuh 2018

-

SINGAPURA: E.A. Technique Bhd, sebuah kumpulan syarikat Johor Corporatio­n (JCorp), yakin mencatat peningkata­n ketara dalam prestasi kewangan setahun penuh 2018 berbanding prestasi 2017.

Pengarah Urusannya Datuk Ir Abdul Hak Md Amin berkata, keyakinan itu adalah berasaskan kepada beberapa faktor, termasuk syarikat memperoleh kontrak baharu bagi membekalka­n tiga bot pekerja dua bulan lepas.

Kontrak di bawah program Integrated Logistics Control Tower (ILCT), itu diluluskan oleh syarikat utama minyak, Petronas Carigali, Enquest Petroleum dan ExxonMobil.

“Kontrak itu adalah untuk tempoh tiga tahun dengan tempoh lanjutan dua tahun, manakala nilai kontrak bernilai kira-kira RM80 juta termasuk pilihan,” katanya pada majlis menamakan dan menyerahka­n bot laju pekerja (FCB) M.V. Nautica Gambir dan M.V. Nautica Langsat, di Limbungan Kapal Dundee Marine di sini kelmarin.

Turut hadir Presiden JCorp yang juga Pengerusi E.A. Technique Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim dan isteri Datin Noor Laila Yahaya, serta Pengarah Urusan Dundee Marine and Industrial Services Tan Siam Weng.

Diperbadan­kan pada 1993, E.A. Technique ialah penyedia utama logistik, pemilik dan operator kapal marin, dengan perniagaan­nya bertumpu kepada pengangkut­an marin minyak dan gas serta penyimpana­n dan storan luar pesisir dan perkhidmat­an pelabuhan.

Pada suku pertama 2018, E.A. Technique mencatat hasil sebanyak RM63.8 juta dan keuntungan bersih RM17.2 juta selepas cukai, berbanding kerugian RM121.1 juta selepas cukai pada 2017.

Kerugian pada 2017 sebahagian besarnya disebabkan oleh projek Kejurutera­an Pemerolaha­n, Pembinaan, Pemasangan dan Pengoperas­ian (EPCIC), yang menurut E.A. Technique berjaya ditangani dan sekali gus tidak lagi memberi kesan ke atas prestasi kewangan 2018.

Abdul Hak, berkata dua kapal baharu itu akan membolehka­n kumpulan berkenaan meluaskan FCB E.A Technique kepada 42.

Setiap dua FCB berkeupaya­an membawa 70 pekerja luar pesisit pada kelajuan minimum 25 knot dan digunakan untuk kontrak baharu. — Bernama

 ??  ?? KAMARUZZAM­AN (tengah) menerima cenderahat­i daripada Tan Siam Weng (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Hak ketika Majlis Penamaan dan Penyerahan Bot Pengangkut M.V Nautica Gam-bir dan M.V Nautica Langsat di Dundee Marine Ship Yard di Singapura, kelmarin. —...
KAMARUZZAM­AN (tengah) menerima cenderahat­i daripada Tan Siam Weng (kiri) sambil diperhatik­an Abdul Hak ketika Majlis Penamaan dan Penyerahan Bot Pengangkut M.V Nautica Gam-bir dan M.V Nautica Langsat di Dundee Marine Ship Yard di Singapura, kelmarin. —...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia