Utusan Borneo (Sabah)

1MDB perjelas pelantikan pengerusi Exco

-

KUALA LUMPUR: 1MalaysiaD­evelopment­Bhd(1MDB) semalam menjelaska­n pelantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi sebagai Pengerusi bagi Jawatankua­sa Eksekutif (Exco) yang baharu dibentuk adalah sebahagian daripada skop dan perkhidmat­an yang disediakan oleh Pricewater­houseCoope­rs Advisory Services Sdn Bhd (PwC) kepada pihaknya. Beliau mewakili PwC. Dalam kenyataan, 1MDB berkata, PwC sedang membantu lembaga pengarah dan Exco untuk memulihkan aset dan menguruska­n hutang syarikat.

Pada 25 Jun 1MDB berkata, ia telah membentuk Exco untuk menguruska­n syarikat, dengan Mohammad Faiz, Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman sebagai anggota jawatankua­sa itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia