Utusan Borneo (Sabah)

Pimpinan negara perlu tunjuk teladan terbaik cegah rasuah

-

PUTRAJAYA: Pucuk pimpinan negara perlu menunjukka­n teladan terbaik dalam usaha mencegah rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, jika pimpinan tertinggi kerajaan hanya meminta pegawai bawahan tidak melakukan rasuah tetapi mereka sendiri tidak menunjukka­n teladan, maka rasuah berterusan.

Katanya Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk melawan rasuah apabila mengambil alih tampuk kepimpinan negara dengan menjalanka­n pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu badan untuk mencegah rasuah dan memperkuat­kan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita sedang mengubal undang-undang dan caracara mentadbir supaya kita dapat mengurangk­an rasuah dan kemungkina­n menghapusk­an rasuah di Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri taklimat khas Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), kepada hampir 160 anggota pentadbira­n kerajaan termasuk jemaah menteri dan wakil rakyat PH di ibu pejabat SPRM di sini, Selasa.

Beliau berkata taklimat hari ini diadakan untuk wakilwakil rakyat menunjukka­n teladan terbaik.

Kepada soalan adakah beliau telah melakukan secukupnya untuk mencegah wakil rakyat PH daripada terbabit rasuah, Dr Mahathir secara berseloroh berkata : “Saya tahu sama ada saya telah melakukan secukupnya sehinggala­h saya dapati mereka melanggar undang-undang”.

Berhubung pengisytih­aran aset, perdana menteri berkata kerajaan masih menimbangk­an tentang sebanyak mana maklumat akan didedahkan kepada umum berkaitan dengan aset anggota Parlimen dan keluarga mereka supaya ia tidak menjejaska­n privasi mereka.

Setakat ini, beliau berkata tiada siapa yang telah mengisytih­arkan aset mereka dan tiada tempoh masa diberikan untuk berbuat demikian.

Dr Mahathir turut ditanya sama ada gaji penggubal undang-undang akan dinaikkan berikutan ia jauh lebih rendah daripada sektor swasta.

“Saya tahu gaji anggota Parlimen lebih rendah berbanding dengan sektor swasta. Kami tidak mahu ia jauh lebih rendah daripada sektor swasta jadi kami akan kurangkan gaji di sektor swasta,” katanya secara berseloroh yang mendapat pelbagai respons berbeza daripada hadirin.

Dr Mahathir turut mendedahka­n bahawa ada dalam kalangan mereka yang menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima sebanyak RM7 juta setahun. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia