Utusan Borneo (Sabah)

APMM Kelantan tahan bot nelayan Vietnam

-

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam dan merampasny­a bersama 4,000 kilogram hasil tangkapan dan 2,000 liter diesel yang kesemuanya bernilai lebih RM500,000.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Kelantan Komander Maritim Ismail Hamzah berkata seorang tekong dan tiga awak-awak berumur antara 22 dan 36 tahun turut ditahan kerana menangkap ikan tanpa kebenaran yang sah di perairan negara pada pukul 5.42 petang, Isnin.

“Kegiatan mereka dapat dikesan oleh kapal peronda APMM yang sedang menjalanka­n Ops Perkasa Timur dan Marikh di posisi 48 batu nautika dari Pantai Tok Bali semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Ismail berkata nelayan terbabit cuba mengeliruk­an pasukan keselamata­n dengan menggunaka­n nombor pendaftara­n bot nelayan tempatan.

Beliau berkata bot terbabit ditunda ke Jeti APMM Tok Bali di sini untuk siasatan lanjut dan pihaknya akan terus memantau perairan negara walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia