Utusan Borneo (Sabah)

Bot, hasil tangkapan nelayan Vietnam dirampas

-

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) Terengganu menahan sebuah bot nelayan bersama-sama 10 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam yang menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini pada Isnin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata bot tersebut ditahan pada kira- kira 2.40 pagi di lokasi 50 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 49 tahun dan dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang dikemukaka­n adalah meragukan dan disyaki palsu.

“Pada mulanya anggota kami mengesan enam bot nelayan Vietnam yang sedang menangkap ikan menggunaka­n pukat tunda di kawasan berdekatan pelantar minyak Banang, tetapi hanya satu berjaya ditangkap kerana kapal KM Gemia mengalami kerosakan enjin.

“Berlaku episod mengejar selama sejam sebelum anggota penguatk uasa dapat menahan mereka memandangk­an suasana gelap gelita dan cuaca pula buruk dengan ombak besar.

“Namun saya ucapkan syabas kepada mereka kerana walaupun dalam keadaan aset yang serba kekurangan dan bahaya tetap menjalanka­n tugas dengan baik,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Jumlah rampasan iaitu lima tan hasil laut, 1,500 liter diesel, peralatan menangkap ikan serta bot dianggarka­n bernilai RM1.5 juta, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia