Utusan Borneo (Sabah)

30 kes salah tanda harga dikesan di Kulim

-

KULIM: Sebanyak 30 kes membabitka­n kesalahan tanda harga berjaya dikesan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kulim sepanjang Januari hingga Jun lalu.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Daerah Kulim Mazlina Ahmad berkata kebanyakan kes itu melibatkan peniaga di pasar basah dengan ratarata mereka memberikan alasan harga jualan seperti ikan dan sayur yang tidak tetap menyukarka­n mereka untuk meletak tanda harga dan mengemas kini harga baharu yang ditetapkan.

“Setakat ini, nilai kompaun yang dikenakan adalah RM1,300,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Dalam pada itu, Mazlina berkata aktiviti warga asing berniaga secara haram di sekitar daerah ini masih terkawal.

Beliau berkata ketegasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kulim juga telah menutup peluang warga asing menjalanka­n perniagaan secara haram di pasar terbuka atau di premis tetap.

Katanya kebanyakan kes yang direkodkan adalah membabitka­n warga asing yang berkahwin dengan wargatempa­tandangolo­ngan itu menggunaka­n `tiket’ perkahwina­n itu untuk membuka perniagaan.

“Kebanyakan kes melibatkan warga Nepal, Pakistan dan Indonesia di mana isteri mereka adalah warga tempatan dan mereka membuka perniagaan runcit termasuk menjual barangan basah,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia