Utusan Borneo (Sabah)

Banjir, tanah runtuh jejas Jepun, 141 maut

Pekerja penyelamat melakukan pencarian dari rumah ke rumah untuk mangsa terselamat

-

KURASHIKI: Beberapa pekerja penyelamat melakukan pencarian dari rumah ke rumah semalam dalam harapan yang tidak mungkin bertambah untuk menemui mangsa terselamat selepas banjir teruk dan tanah runtuh selama beberapa hari yang meragut 141 nyawa dalam salah satu bencana terburuk berkaitan dengan cuaca di Jepun sejak beberapa dekad.

Penurunan hujan meng-atasi rekod yang bermula pada minggu lepas telah berhenti dan banjir yang mulai surut menunjukka­n kesan kemus-nahan yang memutuskan sebuah kawasan melalui barat negara.

Di bandar Kurashiki, banjir melanda seluruh daerah pada satu peringkat, memaksa beberapa orang memanjat ke atas bumbung rumah mereka untuk menunggu di-selamatkan.

Pada pagi semalam, pekerja penyelamat pergi dari rumah ke rumah, mencari penduduk yang terselamat – atau mangsa – bencana tersebut.

“Ia adalah apa yang kita katakan sebagai satu ope-rasi kawasan, di mana kami memeriksa setiap rumah untuk melihat sekiranya terdapat orang yang masih terperangk­ap di dalamnya,” seorang pegawai kerajaan wilayah tempatan Oka-yama memberitah­u wartawan AFP.

“Kami tahu ia adalah satu tugas yang mengejar masa, kami sedang cuba sedayaupay­a yang kami mampu lakukan.”

Hideto Yamanaka menge-tuai sebuah pasukan terdiri daripada seramai 60 anggota bomba yang dikerahkan dari luar wilayah tersebut untuk memeriksa rumah-rumah.

“Saya bimbang warga emas yang tinggal bersendiri­an mungkin telah gagal menye-lamatkan diri,” kata Yamanaka, 53.

“Secara fizikalnya orang yang lemah mungkin akan lambat untuk keluar ketika ia tiba-tiba dilanda hujan lebat, membanjiri kawasan tersebut,” beliau memberitah­u AFP.

Di daerah Mabi di Ku-rashiki, banjir meninggalk­an satu kelodak kuning yang mengubah kawasan seperti bentuk bulan.

Kereta dipandu melalui awan debu tebu berterba-ngan. Penduduk berjalan di sekitar sambil menggunaka­n topeng penutup muka atau menutup mulut mereka de-ngan tuala kecil bagi menghalang dari tersedut partikel halus itu.

Beberapa kedai masih lagi ditutup dan di dalam sebuah kedai gunting rambut sofa merah, kerusi pelanggan, dan alat pengering rambut yang terdapat di situ semuanya di-selaputi kelodak yang sama.

Fumiko Inokuchi, 61, ber-ada di dalam rumahnya, memeriksa kerosakan berpunca daripada banjir yang menenggela­mkan seluruh tingkat satu.

Beliau meninggalk­an rumahnya pada hari Sabtu, menyeberan­gi jalan untuk berlindung di sebuah rumah penjagaan tiga tingkat bagi golongan warga emas, dari mana beliau melihat dalam ketakutan ketika paras air naik.

“Saya melihat rumah saya ditenggela­mi air dan saya tidak mampu melakukan apa-apa langsung, tiada apa-apa yang saya mampu lakukan lagi. Saya berasa tidak berdaya langsung,” kata beliau, mengeluark­an sekeping gambar anakanakny­a yang bermain besbol.

“Saya telah berkahwin di sini, dan kami membina rumah ini dua tahun kemudian. Kami membesarka­n tiga anak lelaki kami dari kecil hingga dewasa di sini, terdapat begitu banyak kenangan,” ujar beliau, matanya berat dengan tangisan.

Krisis ini adalah bencana berkaitan hujan yang pa-ling teruk dalam tempoh lebih tiga dekad, dan telah menimbulka­n kesedihan negara.

Kelmarin, Perdana Menteri Shinzo Abe membatalka­n lawatan luar negara yang melibatkan empat persinggah­an ketika angka kemati-an meningkat, dan pihak pejabatnya menyatakan beliau akan melawat Okayama pada hari ini.

Jurucakap kanan kerajaan Yoshihide Suga menyatakan semalam bahawa sekurang-kurangnya 141 nyawa terkorban. Media menyatakan beberapa orang lagi masih hilang dan angka tersebut dijangka akan meningkat.

Kira-kira 75,000 anggota polis, bomba dan tentera sudah dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar beberapa bahagian di tengah dan barat Jepun, menurut Suga, memberi amaran bahawa cuaca panas bakal memberikan risiko baharu.

Ribuan orang masih lagi berada di pusat perlindung­an, dan pihak berkuasa tempatan di beberapa kawasan telah menawarkan air minuman dan perkhidmat­an mandian bagi mereka yang tidak me-miliki bekalan sendiri.

“Ia akan mencecah lebih 35 darjah Celsius di beberapa kawasan. Tolong berjaga-jaga mengenai strok haba sekiranya anda melakukan kerja pembinaan semula di luar, dan terus berhati-hati bagi kejadian tanah runtuh,” kata Suga.

Kerajaan menyatakan ia akan memperuntu­kkan kira-kira $20 juta dalam dana rizab untuk menyediaka­n bantuan kepada mereka yang terjejas oleh bencana tersebut.

Serta malah dengan berakhirny­a hujan, risiko bagi banjir berlaku masih lagi ada, dengan pekan Fuchu di Hiroshima mengemuka-kan satu arahan baharu pemindahan ketika sebatang sungai tempatan telah melimpah. -AFP

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis membantu dalam kerja membersihk­an serpihan di jalan raya selepas banjir melanda kawasan kejiranan di Kumano, wilayah Hiroshima kelmarin. — Gambar AFP
ANGGOTA polis membantu dalam kerja membersihk­an serpihan di jalan raya selepas banjir melanda kawasan kejiranan di Kumano, wilayah Hiroshima kelmarin. — Gambar AFP
 ??  ?? PENDUDUK cuba menegakkan semula kenderaan yang terperangk­ap dalam banjir yang melanda kawasan di Kurashiki, wilayah Okayama kelmarin. — Gambar Jiji Press/AFP
PENDUDUK cuba menegakkan semula kenderaan yang terperangk­ap dalam banjir yang melanda kawasan di Kurashiki, wilayah Okayama kelmarin. — Gambar Jiji Press/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia