Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lagi mayat pelancong ditemui di perairan Phuket

-

BANGKOK: Penyelamat Thai mengeluark­an tiga lagi mayat dari Laut Andaman, kata pegawai semalam, manakala tugasan suram untuk mengenali identiti lebih 40 mangsa yang terkorban bermula ekoran nahas bot di perairan pantai Phuket pada minggu lepas.

“Tiga lagi mayat dijumpai. Satu dijumpai dekat Pulau Phi Phi,” kata Somnuek Prempramot­e, komander Kawasan Tentera Laut 3, di satu sidang akhbar di pulau percutian popular itu di perairan pantai barat Thailand.

Bot terbabit, The Phoenix, karam di perairan Phuket dalam keadaan laut bergelora pada Khamis lepas bersama 101 orang di dalam bot, termasuk 89 pelancong, semua kecuali dua daripada mereka berasal dari China, sewaktu satu lawatan ke sebuah pulau kecil. Seramai 12 kru Thai turut menaiki bot terbabit.

Bilangan kematian men- jadikannya bencana terburuk membabitka­n pelancong di Thailand sejak sekian lama dan menggarisk­an kebimbanga­n sekian lama mengenai keselamata­n dalam industri pelanconga­n.

Seramai 44 orang disahkan mati dan 54 berjaya diselamatk­an, kata pegawai semalam.

Penyelamat masih mencari tiga orang yang hilang.

Somnuek berkata penyelamat akan terus mencari mayat jika keadaan cuaca mengizinka­n.

“Angin agak kuat,” kata Somnuek, yang menambah rancangan untuk mengangkat kapal yang tenggelam telah ditangguhk­an.

“Mengenai usaha untuk menggerakk­an bot bagi melihat sama ada mayat ada di bawah ataupun tidak, tugasan ini perlu dinilai untuk melihat sama ada ia akan menjejaska­n bukti atau tidak dalam kes ini. Kita akan terus menimbang pilihan ini,” katanya.

Seorang menteri kerajaan Thai menyalahka­n pengusaha pelanconga­n dari China kelmarin bagi kematian itu kerana tidak menghormat­i undang-undang keselamata­n Thai.

Kapal The Phoenix belayar dalam keadaan cuaca buruk. Dua bot lain karam di kawasan yang sama Khamis lepas tetapi penumpang mereka dibawa dengan selamat ke darat.

Setakat ini lebih 50 keluarga dari China sudah tiba di Phuket untuk mengecam ahli keluarga tersayang dan menjaga mangsa selamat, media melaporkan kelmarin.

Perdana Menteri Thai Prayuth Chan-ocha melawat Phuket pada Khamis lepas dan menenangka­n beberapa saudara-mara.

Kapten The Phoenix telah didakwa atas tuduhan cuai sehingga menyebabka­n kematian, kata polis. Dia menafikan tuduhan itu. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? PRAYUTH (kiri) menenangka­n ahli keluarga kepada salah seorang mangsa, yang maut selepas sebuah bot pelancong karam, di hospital di Phuket kelmarin.
— Gambar Reuters PRAYUTH (kiri) menenangka­n ahli keluarga kepada salah seorang mangsa, yang maut selepas sebuah bot pelancong karam, di hospital di Phuket kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia