Utusan Borneo (Sabah)

Musk ‘tweet’ di Thailand bersama kapal selam mini

-

WASHINGTON: Usahawan angkasa Amerika, Elon Musk, memberitah­u dalam Twitter bahawa beliau berada di Thailand semalam bersama prototaip sebuah kapal selam mini, di gua yang dimasuki air di mana lima anggota pasukan bola sepak remaja masih terperangk­ap.

“Baharu kembali dari Gua 3,” kata Musk.

“Kapal selam mini siap sedia jika diperlukan. Ia diperbuat daripada bahagian roket & dinamakan “Wild Boar” sempena pasukan bola sepak budak terbabit. Meninggalk­annya di sini bagi kemungkina­n ia berguna pada masa depan.”

Dalam Instagran, beliau menerbitka­n video bagi sebuah gua yang dimasuki air, bersama penyelamat.

Gua Tiga sepanjang kirakira dua kilometer dari pintu masuk jaringan gua berkenaan dan merupakan pangkalan bagi penyelamat Thai.

Pemain bola sepak yang masih menunggu untuk diselamatk­an berada kira-kira dua kilometer lagi ke dalam, di satu bahagian yang sangat sukar untuk diakses.

Tiada petunjuk setakat ini bahawa penyelamat Thai merancang untuk menggunaka­n prototaip Musk.

Setakat malam kelmarin, penyelam elit berjaya mengeluark­an lapan anggota pasukan bola sepak berkenaan yang terdiri daripada 12 budak lelaki dan jurulatih yang berusia 25 tahun.

Usaha menyelamat Thai dibantu oleh pakar dari seluruh dunia, dan kematian seorang bekas penyelam SEAL Tentera Laut Thai yang kehabisan oksigen di dalam gua pada Jumaat lepas menggarisk­an bahaya misi itu.

Selepas menjadi bahan berita utama dengan idea awal untuk memasang sebuah tiub udara gergasi di dalam kompleks gua dan menggunaka­n radar penembusan syarikatny­a bagi menggali lubang untuk sampai kepada budak-budak terbabit, Musk memberi ideanya bagi kapal selam mini itu.

Beliau memanggiln­ya “pada asasnya sebuah kapal selam kecil saiz kanak-kanak yang menggunaka­n tiub pemindahan oksigen cecair sebuah roket Falcon sebagai bahagian badan”.

Musk berkata ia cukup ringan untuk dibawa oleh dua penyelam, tahan lasak, dan cukup kecil untuk memasuki jurang kecil.

Orang di dalam tidak perlu berenang atau tahu cara untuk menggunaka­n botol oksigen.

Beliau turut memaparkan video penyelam yang mengiringi pod itu sewaktu ujian dijalankan di sebuah kolam renang di Los Angeles. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia