Utusan Borneo (Sabah)

Tunisia beri penghormat­an enam korban serangan pelampau jihad

-

TUNIS: Tunisia memberi penghormat­an kelmarin kepada enam anggota pasukan keselamata­n yang terkorban sehari sebelum itu di sempadan dengan Algeria dalam serangan pelampau jihad paling berdarah di negara tersebut dalam tempoh lebih dua tahun.

Serangan itu berlaku ketika Tunisia bersiap sedia untuk apa yang ia harapkan adalah lonjakan dalam pelanconga­n selepas siri serangan pelampau jihad pada 2015 menyebabka­n jumlah pelawat merudum.

Selepas majlis tersebut di pangkalan pengawal negara berhampira­n ibu negara, ratusan orang menyaksika­n beberapa mangsa yang terkorban disemadika­n.

Perarakan besar yang dike-tuai anggota tentera meng-iringi jenazah pengawal Arbi Guizeni di tengah bandar Douar Hicher di pinggir Tunis.

Enam anggota pengawal negara itu maut, dan tiga lagi cedera, apabila kereta mereka diserang pada pagi Ahad dengan sebuah alat letupan yang diubah suai dalam kawasan Ain Sultan di wilayah sempadan Jendouba.

Tiga pengawal yang ce-dera dipindahka­n ke sebuah hospital tentera di Tunis dan keadaan mereka stabil kelmarin, kata jurucakap pengawal Kolonel Houssemedd­ine Jebabli.

Dia berkata operasi mencari yang dilancarka­n Ahad lepas masih diteruskan tetapi belum ada tangkapan yang dibuat.

Okba Ibn Nafaa, sebuah divisyen Al-Qaeda dalam Maghreb Islam (AQIM) yang berpangkal­an di Tunisia, lewat Ahad lepas me-ngaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu dan berkata ia telah membunuh sembilan askar, menurut Kumpulan Perisikan SITE yang memantau aktiviti pelampau jihad dalam talian.

Okba Ibn Nafaa dan cawa-ngan kumpulan Daesh (IS) di Tunisia, Jund al-Khilafa (Askar-askar Pemerintah­an Khalifah), bergerak aktif di wilayah sempadan yang bergunung-ganang di mana serangan berkenaan berlaku.

Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi menerusi televisyen pada petang kelmarin me-nyeru bagi perpaduan, dan berkata “kita mahukan solidariti di kalangan rakyat yang malangnya tidak begitu”.

Beliau juga mengumumka­n mesyuarat majlis ke-selamatan yang diadakan semalam untuk membincang­kan serangan itu.

Serangan pada Ahad lepas merupakan yang paling berdarah di Tunisia sejak satu serangan pada Mac 2016 ke atas kemudahan keselamata­n di bandar Ben Guerdane di sempadan Libya.

Serangan itu mengorbank­an 13 anggota keselamata­n dan tujuh orang awam.

Industri pelanconga­n Tunisia sedang bangkit daripada siri serangan dahsyat pada 2015, termasuk satu di muzium National Bardo di Tunis dan satu lagi yang menyasari sebuah pusat peranginan pantai di Sousse yang kedua-duanya me-ngorbankan 59 pelancong asing dan seorang pengawal Tunisia.

Pada Mei lalu, Menteri Pelanconga­n Selma Elloumi Rekik berkata industri itu telah melakukan “pemulihan yang tulen”.

Sejak pemberonta­kan pada 2011 yang mengguling­kan diktator Zine El Abidine Ben Ali, serangan pelampau jihad di Tunisia telah mengorbank­an puluhan anggota keselamata­n dan pelancong asing. -AFP

 ??  ?? PERARAKAN besar yang diketuai anggota tentera mengiringi jenazah salah seorang pengawal yang terbunuh dalam serangan pelampau jihad di tengah bandar Douar Hicher di pinggir Tunis kelmarin. — Gambar AFP
PERARAKAN besar yang diketuai anggota tentera mengiringi jenazah salah seorang pengawal yang terbunuh dalam serangan pelampau jihad di tengah bandar Douar Hicher di pinggir Tunis kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia