Utusan Borneo (Sabah)

Felda KEFC muncul juara keseluruha­n

Kejohanan Taekwondo Tertutup Sekolah-sekolah Felda Sahabat

-

LAHAD DATU: Cawangan Felda KEFC muncul juara keseluruha­n Kejohanan Taekwondo Tertutup Sekolah-sekolah Felda Sahabat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu yang telah berlangsun­g di Dewan Semai Bakti, Felda Sahabat 16, Lahad Datu, dekat sini, Ahad lalu.

Cawangan Felda KEFC dinobat sebagai juara keseluruha­n selepas pasukan di bawah bimbingan jurulatih Lam Ri Hong merangkul 14 pingat emas, 14 pingat perak dan 22 pingat gangsa.

Cawangan PTC 4 di bawah bimbingan jurulatih Datu Abdul Razif Datu Hussin hanya berpuas hati di tempat kedua dengan merangkul 11 emas, 7 perak dan 6 gangsa.

Tuan rumah PTC Felda Sahabat16d­ibawahbimb­ingan jurulatih Renato Viverohany­a mendapat tempat ketiga dengan merangkul 10 emas, 13 perak dan 9 gangsa.

Bagi peringkat kumpulan umur 6 tahun – 8 tahun, PTC 2 menang tipis menjadi juara setelah mendapat 3 pingat emas, diikuti rapat oleh PTC Wilayah 16 menang 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa dan tempat ketiga cawangan PTC Sri Apas Tawau dengan 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Bagi kategori 9 tahun -11 tahun menampakan satu persaingan sengit di mana Cawangan Felda KEFC dan Felda Wilayah 16 sama dengan pungutan emas dan perak iaitu 4 emas 3 perak tetapi Cawangan Felda KEFC menang mengatasi Felda Sahabat 16 dengan 6 gangsa manakala Felda Sahabat 16 dapat 4 pingat gangsa.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh PTC 4 dengan3 emas 3 perak.

Bagi peringkat kumpulan umur 12 tahun – 14 tahun, sekali lagi PTC Felda KEFC menjadi juara setelah mendapat 6 pingat emas 4 perak dan 3 gangsa, diikuti rapat oleh MRSM Tawau dengan 4 emas, 2 perak dan 4 gangsa dan tempat ketiga

Cawangan Felda KEFC dinobat sebagai juara keseluruha­n selepas pasukan di bawah bimbingan jurulatih Lam Ri Hong merangkul 14 pingat emas, 14 pingat perak dan 22 pingat gangsa.

cawangan PTC Sri Apas Tawau dengan 3 emas, 1 perak dan 3 gangsa.

PTC SMK Terusan dominasi bagi peringkat kumpulan umur 15 tahun – 17 tahun apabila menjadi juara setelah mendapat 6 pingat emas 1 perak, sambil tempat kedua disandang oleh PTC Wilayah 16 dengan 3 emas, 4 perak, 3 gangsa dan tempat ketiga cawangan Felda KEFC dengan 3 emas, 3perak, 6 gangsa.

Bagi acara sampingan kategori terbuka PTC 4 mendahului dengan pungutan 4 emas 1 gangsa, tempat kedua PTC KEFC 1 emas 3 perak dan tempat ketiga Felda Wilayah 16 dengan 1 emas 2 perak.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disampaika­n oleh Presiden Perdana Taekwondo Club sendiri Datu Mazlan Datu Ibrahim yang turut berbangga dengan kelancaran penganjura­n yang begitu cermelang.

Turuthadir­dalamkejoh­anan tersebut ialah Ketua Jurulatih Perdana Taekwondo Club Master Bernardo Vivero.

Bernardo dalam pada itu berkata, matlamat penganjura­n bertujuan adalah untuk mencungkil bakatbakat baru terutama dari peringkat akar umbi.

“Padamasain­iPTCjugate­lah merancang bagi menganjur satu lagi kejohanan yang akan diadakan di Dewan Perdana pada bulan September 2018 bagi acara penutupan aktiviti PTC 2018,” katanya.

Terdahulu, pada kejohanan selama dua hari itu telah disertai hampir 400 orang peserta taekwondo sekitar Pantai Timur Sabah.

 ??  ?? LAM (tengah) bersama pasukannya merakamkan album bagi meraikan kemenangan mereka.
LAM (tengah) bersama pasukannya merakamkan album bagi meraikan kemenangan mereka.
 ??  ?? SEKITAR suasana kejohanan yang turut menyaksika­n pelawanan kanak-kanak dalam usaha PTC mencungkil lebih ramai bakat pelapis.
SEKITAR suasana kejohanan yang turut menyaksika­n pelawanan kanak-kanak dalam usaha PTC mencungkil lebih ramai bakat pelapis.
 ??  ?? JURULATIH Cawangan Felda KEFC, Lam Ri Hong menjulang piala pusingan selepas dinobatkan selaku juara keseluruha­n.
JURULATIH Cawangan Felda KEFC, Lam Ri Hong menjulang piala pusingan selepas dinobatkan selaku juara keseluruha­n.
 ??  ?? DATU Mazlan Datu Ibrahim (kiri) bersama Bernardo Vivero (kanan).
DATU Mazlan Datu Ibrahim (kiri) bersama Bernardo Vivero (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia