Utusan Borneo (Sabah)

MSS Sabah senarai 18 pemain lelaki dan perempuan ke MSSM

-

KOTA KINABALU: Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah menyenarai­kan 18 pemain lelaki dan perempuan ke Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 12 tahun ke bawah 2018 di Perak pada 4-9 Ogos depan.

Pengerusi Teknik Hoki MSS Sabah, Jamat Jaafar berkata, pemain berkenaan dipilih menerusi Kejohanan Hoki MSS Sabah 12 tahun ke bawah di padang hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu minggu lalu.

Kejohanan itu menyaksika­n pasukan Pantai Barat Utara (Utara) muncul juara lelaki manakala Pedalaman juara perempuan.

Jamat berkata, pemain terpilih tersebut akan dipanggil menjalani latihan pusat di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah bermula 27 Julai sebelum ke Perak.

Pemain lelaki terdiri daripada Mohamad Azuan Zefanya, Mohd Danieal Syazrin, Mohammad Shah Yuzairief (Selatan), Mohd Hafiz Rudy Iskandar, Mohd Fadli Anchu, Mohd Haikal Misbah, Mohd Shareyzal Abd Malik (Tenggara), Muhammad Harry Wilta, Stan Ivan Silverinus, Mohammad Salahuddin Abdullah, Mohd Nur Syafiq Abdullah (Pedalaman), Noor Rahmat Saliwangi, Eddy Mazlan Yusuf (Sandakan), Muhammad Iskandar Hamsa (Barat), Muhammad Izhan Afzaan Junaidi, Muhammad Rafiq Muhamad Raze, Muhammad Daniel Asri dan Airul Izani Rafizan (Utara).

Pemain perrempuan pula terdiri daripada Tecla Gee Majuwil, Elvie Lookin, Sholictika­WannaSuli(Barat), Zefanya Tinus, Elyna Joanes, Ajurah Kauran, Preatty Aqueen Patrick, Helerency Nelvy Peter, Ellyfivia Arizan (Pedalaman), Nur Syazlina Usman (Selatan), Nelly Ann Rayner, Myxandra D Angel Mashrinu, Chrisne Jairin, Anna Eliana Malois, Azmawati Aziah Ahmad, Qamarun Nafisah Md Taip (Utara), Nurshahira­h Abdurus dan Nur Rabiatul Adawiyyah Abdullah (Tenggara).

Empat pemain perempuan lagi diletakkan dalam senarai perhatian iaitu Ellycia Vaelrina Antonis, Duiana Syafika Lorin (Utara), Khairunnis­a Izani Amkin (Selatan) dan Nur Alya Maisarah Daus (Sandakan).

Pasukan lelaki akan diletakkan di bawah bimbingan jurulatih Utara, Tonny Kansulan manakala jurulatih Pedalaman, Mohd Ridzuan untuk pasukan perempuan.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia