Utusan Borneo (Sabah)

Veteran Layangan atasi JaPen Labuan 5-2

-

LABUAN: Pasukan Veteran Layangan menewaskan Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan 5-2 pada aksi persahabat­an yang diadakan di Padang Kampung LayangLaya­ngan, Sabtu lalu.

Perlawanan itu diadakan sempena meraikan perpindaha­n Pengarah JaPen Labuan, Azman Sipan yang kembali bertugas di Kota Kinabalu.

Gol-gol pasukan Veteran Layangan dijaringka­n Marzat pada minit ke-8, Marali minit ke-18 dan Ketua Kampung Layang-Layangan, Faizal Lakat pada minit ke-30.

Dua gol lagi dijaringka­n pada minit ke-30 dan 45.

Azman yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Sabah turut terlepas peluang menjaringk­an gol apabila rembatan derasnya melepasi palang gol lawan.

Gol pertama JaPen Labuan hadir menerusi pemain lincah mereka Roziman Mahmudin pada minit ke60.

Haziq Ruslain yang tidak dikawal berjaya menjaringk­an gol kedua JaPen.

Sementara itu, Azman berkata perlawanan itu diadakan sebagai tanda persahabat­an yang erat antara warga JaPen Labuan dengan masyarakat setempat menerusi pemain veteran Layangan yang diketuai Faizal Lakat.

“JaPen Labuan sentiasa menghargai kerjasama pemimpin dan warga Labuan dalam menjayakan pelbagai program jabatan sepanjang tahun,” katanya.

 ??  ?? AZMAN (duduk tiga kiri) mengetuai pasukan JaPen Labuan.
AZMAN (duduk tiga kiri) mengetuai pasukan JaPen Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia