Utusan Borneo (Sabah)

Sukan mampu eratkan hubungan dalam masyarakat

-

PAPAR: Bersukan bukan sahaja dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan tetapi turut mampu mengeratka­n hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.

Mantan Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kawang Salleh Eddris berkata, aktiviti sukan harus sentiasa diadakan bukan saja diperingka­t negeri dan negara tetapi jauh lebih penting di peringkat kampung yang menjadi asas bermulanya sesuatu hubungan.

“Peserta yang menang dan berpotensi tinggi didalam bidang sukan haruslah menonjolka­n diri bukan saja di peringkat kampung tetapi juga perlu diserlahka­n di peringkat negeri dan negara.

“Perbezaan politik dan fahaman dapat dikurangka­n apabila masyarakat sesuatu tempat itu menyertai aktivitiak­tiviti begini dan sekaligus akan memberi kesan yang baik dalam memupuk kehidupan yang lebih baik dalam masyarakat,” katanya ketika merasmikan program Pertanding­an Futsal dan Sukan rakyat di Kampung Bundusan Papar, pada Selasa.

Sementara itu, salah seorang penduduk Kg Bundusan Arifin Lidin ketika ditemui berkata kehadiran ramai dalam majlis itu membuktika­n bahawa masyarakat sekitar daerah ini menyokong aktivitiak­tiviti seumpamany­a demi kebaikan bersama.

Katanya, selain pertanding­an futsal, aktiviti sukan rakyat turut diadakan antaranya ialah boling kelapa berkumpula­n, gusti lengan, anyam Ketupat, cucuk benang dalam jarum dan banyak lagi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Wirawati Bahagian Warisan Papar Arinti Ahtee, Ketua Cawangan Warisan Kg Bundusan Papar Pg Awang Anak Pg Mubin dan Ketua Wira Warisan KgBundusan­PaparMohd Suhailey Mat Johin.

 ??  ?? SALLEH (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang, turut kelihatan ialah Arifin (kanan).
SALLEH (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang, turut kelihatan ialah Arifin (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia