Utusan Borneo (Sabah)

The Three Lions tenang dalam ‘buih’ mereka sendiri

Alli menegaskan England kawal debaran dengan baik, persediaan aksi separuh akhir menentang Croatia hari ini

-

REPINO, Rusia: Ketika keterujaan hadir di England menjelang perlawanan separuh akhir pertama di Piala Dunia sejak 28 tahun, pemain tengah, Dele Alli menegaskan pasukannya mengawal debaran dengan baik dalam ‘buih’ mereka sendiri.

Perlawanan England di Rusia setakat ini menarik tontonan dan kegembiraa­n luar biasa di tanahair dengan jurulatih Gareth Southgate dan skuad muda beliau menawan hati penyokong.

Berbeza dengan suasana teruja itu, Alli dan rakan sepasukann­ya dalam keadaan tenang di pusat peranginan Repino, 45 kilometer dari barat laut Saint Petersburg.

“Anda berada dalam buih anda sendiri di sini – kem latihan, kembali di sini, membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya. Ia tidak sehingga anda melihat media sosial dan internet di mana anda menyedari semua ini sangat luar biasa,” kata Alli Isnin lepas.

“Sememangny­a kami tahu kami bermain di Piala Dunia, di separuh akhir. Kami begitu fokus pada perlawanan di mana anda lupa apa yang telah anda lakukan setakat ini.

“Ia penting di mana kami terus kekal seperti itu, terus berusaha dan berharap kami akan mencapai sesuatu yang menjadikan ia lebih istimewa untuk melangkah ke final dan memenangin­ya.”

Alli menjaringk­an gol pertama beliau di Piala Dunia ketika England melangkah ke separuh akhir dengan menewaskan Sweden 2-0 pada perlawanan suku akhir Sabtu lepas.

Satu perlawanan lebih sukar menentang Croatia di Moscow hari ini dengan Croatia telah menewaskan Argentina 3-0 pada pusingan pertama dan dibarisi bintang tengah terkenal seperti Luka Modric dan Ivan Rakitic.

Tetapi ketika ramai pengulas dan malah penyokong England sendiri terkejut dengan kemaraan pasukan, Alli berkata skuad sentiasa percaya mereka boleh melangkah jauh.

“Kami harus percaya dan kami tahu kami sangat berbakat sebagai sebuah pasukan,” tambah beliau. “Kami tahu kami mempunyai beberapa pemain yang luar biasa dan seorang jurulatih hebat. Semua orang jelas dengan apa yang mahu kami lakukan.

“Apabila anda mempunyai asas yang kuat dan jelas dengan apa yang anda mahu lakukan dan capai, ia tidak mengejutka­n di mana ia berjalan lancar untuk kami.”

Ketenangan dalam kem England dan di luar padang adalah berbeza dengan apa yang dialami Croatia.

Dalam kontrovers­i terbaharu, bekas bintang Croatia, Ognjen Vukojevic disingkirk­an dari delegasi pasukan Isnin lepas dan didenda oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA) kerana mengeluark­an klip video pro-Ukraine selepas kemenangan ke atas Rusia menerusi penentuan sepakan penalti Sabtu lepas.

Pemain pertahanan, Domagoj Vida, yang turut menjaringk­an gol menentang Rusia,

Anda berada dalam buih anda sendiri di sini – kem latihan, kembali di sini, membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya. Ia tidak sehingga anda melihat media sosial dan internet di mana anda menyedari semua ini sangat luar biasa. Dele Alli Pemain tengah England

 ??  ?? juga diberi amaran oleh FIFA dalam kes klip video itu.
Padaawalke­johanan, penyerang Nikola Kalinic dihantar pulang selepas dilaporkan tidak sehaluan dengan jurulatih Zlatko Dalic mengenai tahap kecergasan­nya.
Persiapan Croatia pada kejohanan ALLI itu...
juga diberi amaran oleh FIFA dalam kes klip video itu. Padaawalke­johanan, penyerang Nikola Kalinic dihantar pulang selepas dilaporkan tidak sehaluan dengan jurulatih Zlatko Dalic mengenai tahap kecergasan­nya. Persiapan Croatia pada kejohanan ALLI itu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia