Utusan Borneo (Sabah)

Rooney puji usaha hebat England di Piala Dunia 2018

-

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Bekas bintang antarabang­sa England dan Manchester United, Wayne Rooney, memuji usaha “hebat” negaranya di Piala Dunia 2018 Isnin lepas dengan percaya kemaraan pasukan ke separuh akhir di Rusia boleh menjadi inspirasi.

Rooney hadir pada satu majlis memotong reben untuk stadium baharu kelab D.C. United bernilai 200 juta dolar, di mana penyerang berusia 32 tahun itu akan membuat penampilan sulung dalam aksi Liga Bola Sepak Utama (MLS) di AS Sabtu ini menentang Vancouver.

“Mereka melakukan tugas yang hebat. Saya berharap kami boleh memenangin­ya,” kata Rooney. “Ia hebat. Anda boleh melihat suasana di tanahair (England). Jutaan orang menontonny­a dan saya berharap kami boleh meneruskan kemaraan ke final.”

England akan menentang Croatia awal pagi Khamis untuk memburu tempat di final menentang sama ada Perancis atau Belgium.

“Bagi pemain dan (jurulatih England) Gareth Southgate, saya mengharapk­an yang terbaik. Mereka membanggak­an kami,” kata Rooney. “Say6a berharap mereka boleh melangkah satu lagi tempat melangkah ke final dan membawa pulang trofi.

“Saya berasa gembira dengan semua ini. Kami juga gembira dan kami juga percaya.”

D.C. United, yang kali terakhir memenangi kejuaraan MLS pada 2004, mempunyai rekod paling buruk dalam liga dengan hanya dua kemenangan dan lima seri dari 14 perlawanan. Tetapi ada kepercayaa­n baharu dengan Rooney dan stadium baharu yang boleh memuatkan 20,000 penonton.

“Saya tidak sabar untuk memulakan karier baharu saya di sini,” kata Rooney.

Rooney berpindah secara rasmi dari kelab Liga Perdana Inggeris, Everton semalam setelah pasaran perpindaha­n dibuka dan beliau boleh menandatan­gani kontrak tiga tahun bersama D.C. United bernilai 13 juta dolar.

Rooney, yang memakai kemeja hitam dengan logo D.C. United, berterima kasih kepada peminat yang berkumpul pada majlis itu.

“Pada hari pertama apabila saya mendarat di lapangan terbang Dulles, sambutan yang anda berikan adalah sesuatu yang tidak akan saya lupa,” kata Rooney.

“Saya datang ke sini untuk membantu pasukan menang, untuk melangkah ke hadapan dan saya berharap dalam beberapa tahun akan datang, kami boleh menaiki anak tangga liga dan memenangi kejuaraan di stadium baharu ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia