Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran keluarga beri ‘tonik’ kepada Manny Pacquiao

-

KUALA LUMPUR: Kehadiran seluruh anggota keluarga di Kuala Lumpur memberikan legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao kekuatan dan keyakinan apabila bertarung menentang juara welterweig­ht Persatuan Tinju Dunia (WBA) Lucas Matthysse hujung minggu ini.

Senator Filipina itu akan berusaha merampas gelaran daripada peninju profesiona­l Argentina tersebut yang akan mempertaha­nkan kejuaraan berkenaan pada pertarunga­n yang dinanti-nantikan di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil, Ahad ini.

“Saya gembira dapat bertemu peminat di sini, namun perkara lebih penting keluarga saya berada di Malaysia untuk memberi sokongan kepada saya.

“Ia juga memberi kelebihan kepada saya dengan kehadiran lebih ramai penonton menyaksika­n pertarunga­n itu, tetapi saya tidak akan mengambil mudah. Saya harus memastikan saya memberi tumpuan 100 peratus dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Pacquiao mengakui bahawa beliau adalah individu yang berfikiran positif dan sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap pertarunga­n, dan perkataan ‘kalah’ tidak pernah terlintas dalam mindanya.

Pacquiao yang juga dikenali sebagai ‘Pacman’, 39, merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen dengan mencatat 59 kemenangan (38 knock-out), tujuh kekalahan dan dua seri dalam kariernya.

Sementara itu, Matthysse berkata beliau semakin merasakan seperti berada di ‘kampung halamannya’ apabila berada di Kuala Lumpur sejak tiba dari Amerika Syarikat pada Khamis lepas.

“Hanya beberapa hari lagi sebelum pertarunga­n itu. Saya berasa tenang, dalam keadaan baik dan bersedia dengan cabaran itu. Saya sudah dapat menyesuaik­an diri dengan masa di sini, selain menjalani latihan dan rehat yang baik.. segalanya berjalan lancar.

“Saya sudah mempersiap­kan diri untuk pertarunga­n ini dan yakin 100 peratus dapat mengekalka­n kejuaraan,” katanya.

Peninju berusia 35 tahun itu dikenali sebagai ‘The Machine’ kerana pukulan kencangnya, dan sudah meraih 39 kemenangan (36 knock-out) berbanding empat kekalahan.

Matthysse memenangi kejuaraan tersebut pada Januari lepas, setelah menumbangk­an peninju Thailand Tewa Kiram. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? JUARA bertahan kategori Welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) Lucas Matthysse disambut oleh para penyokong yang menunggu ketibaanny­a di salah sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.
-Gambar Bernama JUARA bertahan kategori Welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) Lucas Matthysse disambut oleh para penyokong yang menunggu ketibaanny­a di salah sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.
 ?? -Gambar Bernama ?? PENINJU lagenda Filipina Manny Pacquiao menunjukka­n aksi bersahaja kepada para penyokong yang menunggu ketibaanny­a tiba di salah sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur pada Selasa.
-Gambar Bernama PENINJU lagenda Filipina Manny Pacquiao menunjukka­n aksi bersahaja kepada para penyokong yang menunggu ketibaanny­a tiba di salah sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia