Utusan Borneo (Sabah)

TINGKAT TAHAP KESELAMATA­N

K3M perlu dimiliki komuniti maritim di Esszone untuk bantuan kecemasan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Aplikasi Kesedaran Keselamata­n Komuniti Maritim (K3M) perlu dimuat turun secara percuma ke telefon mudah alih komuniti maritim khususnya penduduk sekitar di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Panglima Wilayah Laut 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk N Ganesh berkata aplikasi yang telah dilancarka­n tahun lalu itu merupakan usaha TLDM untuk bekerjasam­a rapat dengan komuniti maritim terutama golongan nelayan dan pelaut agar dapat membantu memendekka­n tempoh responsif anggota keselamata­n tiba di lokasi kecemasan.

“Ini antara aspek untuk meningkatk­an tahap keselamata­n di Esszone tetapi kami juga memerlukan bantuan komuniti maritim di sini untuk muat turun aplikasi ini dan daftar masuk sebelum menggunaka­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Aidilfitri di atas Kapal Auksiliari Tun Azizan sempena pertemuan TMP antara kapal TLDM KD Todak dengan kapal Tentera Laut Filipina (TLF) BRP Miguel Malvar, di sini pada Selasa.

Menurutnya, aplikasi yang menyasarka­n pengguna kalangan agensi keselamata­n, agensi kerajaan, perikanan, industri perkapalan, industri petroleum, pelanconga­n, rekreasi maritim itu amat mudah digunakan

alihnya.

dengan mendaftar untuk menggunaka­n kemudahan yang disediakan.

Katanya, dengan capaian internet yang semakin meluas akan memudahkan penggunany­a menghantar isyarat insiden kecemasan terus ke pusat operasi TLDM dengan menekan butang merah SOS dan anggota yang bertugas akan bertindak.

“Menerusi itu, kami boleh tahu lokasi sebenar serta anggaran masa untuk tiba ke lokasi kejadian dan jika jauh, kami akan hantar (bantuan) helikopter, kalau dekat kami hantar bot tempur,” katanya. -Bersambung di muka A2

 ??  ??
 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Duta Malaysia ke Kemboja Dato Sri Hasan Malek membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Dr Jaujan Sambakong di Kota Kinabalu pada Rabu. Dato Sri Hasan yang juga bekas...
KUNJUNGAN HORMAT: Duta Malaysia ke Kemboja Dato Sri Hasan Malek membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Dr Jaujan Sambakong di Kota Kinabalu pada Rabu. Dato Sri Hasan yang juga bekas...
 ??  ?? SALAH seorang wakil pameran menerangka­n produk IKS keluaran tempatan kepada Madius (tiga kanan).
SALAH seorang wakil pameran menerangka­n produk IKS keluaran tempatan kepada Madius (tiga kanan).
 ??  ?? GANESH menunjukka­n aplikasi K3M di telefon mudah
GANESH menunjukka­n aplikasi K3M di telefon mudah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia