Utusan Borneo (Sabah)

OD1SI terap nilai tambah hasil sumber asli Sabah

-

TAMPARULI: Kerajaan negeri mahu hasil sumber asli Sabah ditambah nilai melalui inisiatif Program ‘One District One Small

Industry’ (OD1SI). Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penerapan OD1SI akan memastikan terdapat usaha yang menyeluruh agar semua hasil sumber asli keluaran Sabah mempunyai nilai tambah.

“Masyarakat kampung tidak harus hanya melihat hasil sumber asli sebagai punca pendapatan sebaliknya mengusahak­an industri kecil untuk memberikan nilai tambah kepada hasil sumber asli Sabah.

“Sekiranya inisiatif OD1SI berjaya maka masyarakat Sabah akan menikmati pendapatan yang lebih tinggi.

“Hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah juga akan turut meningkat,” katanya pada Majlis Pelancaran Festival Industri Kecil Sabah (FIKS) dan Program OD1SI, di sini, petang Rabu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Shafie berkata, IKS di Sabah sudah menyediaka­n peluang pekerjaan untuk seramai 450,000 orang pada tahun 2015 dan mengharapk­an menjelang 2023, IKS di bawah pimpinan Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah terus dapat menyediaka­n 600,000 peluang pekerjaan.

“Dengan pelancaran FIKS dan OD1SI, ia akan memastikan semua golongan masyarakat di setiap pelosok Sabah termasuk belia dan wanita sama-sama berpeluang untuk turut berkecimpu­ng dalam industri kecil dan pada waktu yang sama, terlibat dalam memajukan ekonomi setempat.

“Kepesatan pembanguna­n IKS turut akan menyediaka­n platform keusahawan­an dan menjana pendapatan setempat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia