Utusan Borneo (Sabah)

Polis Labuan serbu 13 premis judi haram

-

LABUAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan telah menyerbu 13 premis judi haram yang beroperasi di beberapa kampung di sini sepanjang minggu lalu.

Serbuan yang dilakukan hasil maklumat daripada orang awam dan sebuah parti politik itu berjaya menahan empat suspek serta merampas pelbagai peralatan judi termasuk wang tunai dan token.

Ketua Polis Wilayah Persekutua­n Labuan Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata, premis yang dijadikan pusat perjudian yang diserbu itu temasuklah rumah kedai, bengkel dan setor.

“Judi haram yang menjadi pertaruhan ketika serbuan dilakukan ialah wahui, empat nombor ekor, judi secara atas talian dan ketam-ketam.

“Pusat perjudian tanpa lesen itu dikesan di Kampung Pohon Batu, Lubok Temiang, Layang-Layangan, Kilan, Lajau, Kerupang dan pasar sayur di Kampung Pantai,” katanya.

Muhamad Farid berharap orang ramai yang mengetahui kewujudan aktiviti perjudian haram di kawasan mereka supaya tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Beliau juga akan mencadangk­an kepada SESB untuk memotong bekalan elektrik premis yang didapati menjalanka­n aktiviti perjudian haram.

“Polis akan terus memantau perjudian haram yang wujud di kawasan kampung dan perumahan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

 ??  ?? MUHAMAD FARID
MUHAMAD FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia