Utusan Borneo (Sabah)

Kedai dobi 24 jam dibaling bom petrol

-

SIBU: Sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Lorong Lanang 2 di sini mengalami kebakaran kecil dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mereka menemui dua botol yang mengandung­i minyak petrol ketika tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumka­n mengenai kebakaran tersebut pada 6.17 pagi.

Menurutnya jurucakap itu, botol tersebut dipercayai dibaling ke arah kedai dobi dan ditemukan di depan pintu masuk kedai tersebut.

Pasukan bomba hanya membuat pemadaman di luar menggunaka­n salur bantu mula dengankero­sakan akibat kebakaran itu hanya pada tahap lima peratus, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahka­n kejadian dan mengklasif­ikasikan kes sebagai perbuatan khianat menggunaka­n api di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dan mengesan pihak yang terlibat. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia