Utusan Borneo (Sabah)

AKSEM Chuping berkas pengedar dadah

-

PADANG BESAR: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Chuping memberkas seorang lelaki disyaki pengedar dadah di bengkel kereta di Kampung Tengku Wang Lembu, Beseri dekat sini, tengah hari Selasa.

Menurut Komander AKSEM Perlis, DSP Syed Basri Syed Ali dadah yang ditemui ialah 17 gram pil Yaba bernilai RM2,700; 3.7 gram pil Eramin 5 (RM195.00) 0.7 gram syabu (RM100.00) dan 10 kilogram daun ketum (RM800.00) dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu.

Pasukan itu turut merampas kereta Toyota Camry bernilai RM100,000 yang digunakan oleh lelaki berumur 28 tahun itu yang berasal dari Kampung Kok Mak, Padang Besar, katanya kepada media di sini, Rabu.

Syed Basri berkata pasukan itu membuat pemeriksaa­n dan menemui daum ketum dalam bonet kereta yang didaftarka­n atas nama orang lain sebelum dibawa balik ke Kompleks AKSEM Chuping dan pemeriksaa­n lanjut menemui dadah tersebut tersorok dalam bahagian tertentu kereta itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia