Utusan Borneo (Sabah)

Pecah masuk rumah, lelaki dipenjara 15 bulan dan denda

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan dipenjara selama 15 bulan dan denda RM1,500 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana kesalahan memecah masuk sebuah rumah.

Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan menjatuhka­n hukuman itu ke atas Nordin Esbula, 27, kerana melakukan kesalahan itu di sebuah rumah setinggan Bandar Ramai-Ramai kirakira jam 1.30 pagi pada 27 Jun lepas.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis selepas mendapati pintu rumahnya diumpil dan sebiji tong gas telah hilang dipercayai dicuri. Anggaran kerugian sebanyak RM180.

Tertuduh kemudian berjaya ditangkap di tepi jalan Bandar Ramai-Ramai pada hari yang sama menerusi Ops Cantas/Pintu oleh sepasukan anggota polis.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh bersama seorang rakannya telah pergi ke rumah pengadu, yang menjalanka­n perniagaan runcit kecilkecil­an. Tertuduh juga mengaku telah mencuri sebiji tong gas dan paket minuman segera.

Siasatan lanjut juga mendapati tertuduh telah menjual tong gas itu kepada seorang lelaki di kampung berhampira­n dengan harga RM30.

Atas kesalahan itu, Nordin didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga tempoh 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia