Utusan Borneo (Sabah)

Dua beranak warga Thai dipenjara simpan jerat dawai dan kura-kura liar

-

KUALA TERENGGANU: Dua beranak warga Thailand dihukum penjara empat tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Jun lalu.

Tertuduh, Canthi Cantupa , 44, yang juga bapa kepada tertuduh kedua, Pipop Cantupa, 18, dituduh menyimpan 13 utas jerat dawai dan menyimpan Kura-kura Duri Bukit dalam kawasan Hutan Simpan Jengai, Dungun 21 Jun lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(2)(a) serta melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68(1)(a) Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagi kedua-dua kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum di bawah akta yang sama yang memperuntu­kkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduaduany­a.

Hakim Azman Mustapha kemudian menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan namun membenarka­n hukuman dijalankan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap.

Kedua-dua tertuduh yang berpakaian penjara berwarna ungu kemudian mengangguk tanda faham mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka selepas dibacakan oleh penterjema­h Bahasa Thai.

Mereka dihantar ke Penjara Marang bagi melaksanak­an hukuman penjara bermula Rabu. Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Perhilitan Terengganu, Zaitul Hazlin Mat Jusoh.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia