Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja bank didakwa pecah amanah RM68,000 wang pelanggan

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pekerja bank didakwa melakukan pecah amanah, melibatkan urusan pengeluara­n wang daripada akaun pelanggan berjumlah RM68,000.

Bagaimanap­un Rafidah Ramli, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu mengikut seksyen 408 Kanun Keseksaan, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Shahrin Mohamad.

Tertuduh sebagai seorang eksekutif bank di bahagian operasi dan khidmat pelanggan, yang diamanahka­n urusan terbabit didakwa menggunaka­n wang berkenaan.

Kesalahan dilakukan pada 15 Disember 2016 hingga 28 Ogos tahun lalu antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang, di cawangan Hong Leong Bank, Jalan Hj Saman, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah, penjara antara dua tahun hingga 14 tahun dan sebat.

Ainul menetapkan pengurusan kes pada 6 September dan tarikh perbicaraa­n pada 14 hingga 15 November, terhadap tertuduh yang diwakili peguam Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.

Sementara itu, tertuduh dibebaskan mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia