Utusan Borneo (Sabah)

Dua juruwang dipenjara sehari, denda RM1,200 kerana curi baju, kasut

-

KUALA LUMPUR: Dua juruwang wanita masingmasi­ng dipenjara sehari dan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu selepas mengaku bersalah mencuri baju dan kasut di tempat kerja mereka.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhka­n hukuman itu ke atas Nurfatin Taqina Mahmud, 25, dan Intan Nursuhana Hosamudin, 20, dan memerintah­kan hukuman penjara itu bermula mulai Rabu.

Mahkamah juga mengarahka­n mereka dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda itu.

Mereka mengaku bersalah mencuri dua helai baju berharga RM122.55 dan RM129.90 serta dua pasang kasut berjumlah RM60 kepunyaan Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd di pasar raya Tesco Extra Cheras, Jalan Midah 2, Taman Midah di sini antara pukul 10.45 malam dan 11.05 malam, 26 Jun lepas mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, peguam Solehuddin Hakimi yang mewakili Nurfatin Taqina dan Intan Nursuhana merayu hukuman ringan atas alasan ia adalah kesalahan pertama kedua-dua tertuduh.

“Norfatin Taqina kini sedang hamil anak pertama dan Intan Norsuhana masih bujang. Kedua-dua mereka ditahan reman sehari bagi kesalahan ini dan ia memberikan keinsafan kepada mereka. Mereka berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentinga­n awam kerana tertuduh menyalahgu­nakan amanah yang diberikan majikan.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia