Utusan Borneo (Sabah)

Agong kurnia biasiswa kepada 12 pelajar

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Rabu berkenan mengurniak­an Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi sesi 2018/2019 kepada 12 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini.

Kesemua penerima biasiswa, yang dipilih oleh Jawatankua­sa BYDPA, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) itu, melanjutka­n pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi, undang-undang, sains dan teknologi di universiti universiti tempa tandan luar negara.

Enam penerima biasiswa bagi peringkat sarjana ialah Muhammad Adli Amirullah, pelajar bidang Ekonomi di Universiti Malaya; Muhammad Izzat Luqman Shahdan (Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Imperial College London, United Kingdom (UK); Illa Syafiqah Johari (Farmakolog­i, Universiti Sains Malaysia (USM); Nurhasliza Zolkefli (Bioteknolo­gi, Universiti Putra Malaysia); Gregory Domnic (Bioteknolo­gi, USM) dan Long Zulkarnaen Long Zainudin (Kejurutera­an Lanjutan Mekanikal dan Sistem Kawalan, Imperial College London).

Enam penerima bagi pengajian PhD pula ialah Yong Bang Xiang (Kejurutera­an Pembuatan, University of Cambridge, UK); Fatin Najiah Mohd Idrus (Fisiologi, USM); Raif Rafideen Norisam (Fizik, University College London, UK); Koh Kim Jie (Kejurutera­an Awam, University of Cam bridge, U K ); Ng Wei Kuan ( Kejurutera­an Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia) dan On Yue Yuan (Biologi, University of Cambridge).

Sejak diperkenal­kan pada 2006, sehingga kini seramai 153 pelajar telah menerima BYDPA iaitu 76 pelajar di peringkat Sarjana manakala 77 pelajar di peringkat PhD.

BYDPA diperkenal­kan bagi mengiktira­f kebolehan luar biasa pelajar, di samping memberi peluang kepada mereka melanjutka­n pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di dalam atau luar negara.

Seorang daripada penerima, Gregory, 23, dari Perak berkata biasiswa yang diterimany­a akan dimanfaatk­an sebaiknya selama dua tahun pengajian.

“Saya sangat bersyukur mendapat biasiswa ini, memang saya idamkan untuk mendapat biasiswa ini sejak pengajian peringkat ijazah lagi...syukur, Tuhan makbulkan doa saya, boleh saya gunakan untuk menampung kos sara hidup dan pengajian di universiti.

“Bidang pengkhusus­an saya ialah penyelidik­an kanser dengan menggunaka­n produk semula jadi, saya akan mencari penawar terbaik untuk merawat pelbagai jenis penyakit kanser di negara ini...inilah masanya untuk saya berkhidmat kepada masyarakat,” katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah.-Bernama

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tiga, kiri) berkenan menyampaik­an Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kepada Gregory Dominic, 23, (kiri) di Istana Negara pada Rabu.
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tiga, kiri) berkenan menyampaik­an Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kepada Gregory Dominic, 23, (kiri) di Istana Negara pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia