Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Wanita selaras perbincang­an had umur minimum kahwin

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Wanita dan Pembanguna­n Keluarga akan menyelaras­kan perbincang­an berhubung cadangan menaikkan had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun berbanding 16 tahun sekarang.

Setiausaha Politik kepada menteri berkenaan Rodziah Ismail berkata ini seiring dengan komitmen kerajaan berhubung isu itu seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga pada 2 Julai lalu.

Mesyuarat bagi membincang­kan isu itu akan melibatkan pelbagai kementeria­n serta agensi selain perlu mencari keharmonia­n antara undang-undang Islam dan sivil, katanya pada sidang media, di sini pada Rabu.

Isu had umur minimum perkahwina­n menjadi tumpuan masyarakat susulan laporan mengenai seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun mengahwini kanak-kanak warga Thailand berusia 11 tahun bulan lepas.

Isu itu tular di media sosial dan mencetuska­n gesaan agar had umur minimum perkahwina­n dinaikkan.

Menurut Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuas­akan di semua negeri, usia minimum untuk berkahwin bagi lelaki ialah 18 tahun manakala bagi perempuan 16 tahun dan sekiranya mereka bawah umur, perkahwina­n hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujua­n ibu bapa mereka.

Sementara itu, Rodziah menjelaska­n prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarka­n perkahwina­n bawah umur adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, bukan kementeria­n berkenaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia