Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan Tabung Haji Madinah masuki fasa terakhir

-

MADINAH: Pasukan Petugas Tabung Haji( TH) Madi nah kini dalam fasa terakhir persiapan bagi menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di sini, yang dijadualka­n tiba pada 14 Julai ini untuk mengerjaka­n ibadah haji bagi tahun 1439H.

Pengarah Operasi Tabung Haji Madinah Affandi Abdullah berkata bagi musim haji tahun ini, TH akan turut memperkena­lkan kemudahan kaunter pendaftara­n kad sim prabayar STC, sebuah daripada syarikat pengendali telekomuni­kasi di Arab Saudi.

“Kaunter pendafatar­an kad sim prabayar STC ini adalah khusus untuk jemaah haji Malaysia, di mana mereka tidak lagi perlu untuk ke kaunter STC yang berada di sekitar Madinah atau pun di Makkah di mana kaunter ini akan turut di buka di pusat perkhidmat­an haji di sana.

“Kad sim STC ini akan dibekalkan secara percuma kepada para jemaah di mana meraka hanya perlu membuat pendaftara­n di kaunter yang disediakan dan membayar mengikut jumlah kredit di dalam kad sim atau mengikut jumlah kredit isian semula mereka,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Untuk mendaftar kad sim ini, beliau berkata para jemaah hanya perlu membawa kad pengenalan diri haji dan tidak perlu untuk membawa pasport mereka seperti yang dilakukan sekiranya mereka mendaftar di kaunter-kaunter lain.

Sementara itu, Affandi berkata persiapan kumpulan Petugas Haji Madinah kini berada pada tahap 80 peratus dan telah bersedia untuk menyambut kedatangan kumpulan pertama jemaah haji Sabtu ini.

“Jemaah haji Malaysia akan tiba ke Madinah secara berperingk­at dengan penerbanga­n pertama catar haji bermula pada 14 Julai 2018 dan penerbanga­n terakhir pada 2 Ogos, 2018.

“Kumpulan pertama jemaah dijangka tiba jam 10 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Prince Mohamad bin Abdulaziz, Madinah dengan pesawat penerbanga­n Malaysia Airlines Bhd,” katanya.

Bagi musim haji kali ini, beliau berkata T H menyediaka­n sembilan bangunan penginapan jemaah haji (BPJH) di Madinah yang boleh menempatka­n 9,661 jemaah haji pada satu masa.

Menurutnya, BPJH jemaah haji di Madinah akan dibahagika­n kepada tiga pusat perkhidmat­an zon yang terletak di sekitar Masjid AnNabawi.

“Perkhidmat­an dan kemudahan yang disediakan (di pusat perkhidmat­an zon) adalah seperti pejabat perkhidmat­an zon, yang akan menjaga kebajikan para jemaah, jadualjadu­al pergerakan dan aktiviti jemaah, maklumat berkaitan ibadat, kaunter pengeluara­n wang, perkhidmat­an penghantar­an bagasi ke tanah air, klinik, kaunseling serta kemudahan telefon i-Talk untuk menghubung­i waris di tanah air yang dikendalik­an oleh Telekom Malaysia Bhd,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia