Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Perak sedia bantu pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia memberi komitmen untuk membantu pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah yang diasaskan dan dikendalik­an oleh penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias di Manjoi, di sini berikutan kekangan kewangan yang dihadapi pusat berkenaan.

MenteriBes­ar, AhmadFaiza­l Azumu berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan pihak pengurusan pusat pendidikan itu untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi membolehka­nnya terus beroperasi seperti biasa.

“Untuk makluman, pihak kerajaan negeri tidak dimaklumka­n mengenai kekangan dana yang dihadapi oleh pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah sehinggala­h isu berkenaan dilaporkan oleh pihak media dan ditularkan di media sosial.

Bagaimanap­un, saya komited untuk membantu pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah demi kepentinga­n para pelajar dan para kakitangan­nya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Rabu.

Beliau juga menyambut baik keputusan Mohd Kazim untuk menangguhk­an cadangan penjualan Unit Tahfiz AlQuran di pusat pendidikan berkenaan sementara mengadakan perbincang­an dengan kerajaan negeri demi kemashlaha­tan ummah yang mendapat manfaat daripada aktiviti pengajian Islam di pusat itu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menegaskan kerajaan negeri tidak pernah sama sekali, secara langsung atau tidak langsung mengeluark­an arahan mengharamk­an Mohd Kazim dari berceramah seperti dakwaan yang tular di laman sosial oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab

“Biarpun begitu, secara peribadi saya memaafkan pihak tidak bertanggun­gjawab yang terlibat menyebarka­n fitnah berkenaan serta mendoakan semoga mereka mendapat pengampuna­n dan petunjuk dari Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Mohd Kazim berkata keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz akan diumumkan pada Ogos nanti sementara mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.Bernama

 ??  ?? PENDAKWAH terkenal yang juga Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah Datuk Mohd Kazim Elias ketika sidang media mengenai status penjualan Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah pada Rabu.
PENDAKWAH terkenal yang juga Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah Datuk Mohd Kazim Elias ketika sidang media mengenai status penjualan Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia