Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Tuaran tawar MediLocker, nilai tambah kepada sektor perkhidmat­an pesakit

Nilai tambah kepada sektor perkhidmat­an pesakit

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAK INA BALU: Hospital Tuaran menawarkan perkhidmat­an baharu iaitu M e di Locker( Locker 4 u) yang pertama kali diperkenal­kan di Sabah, sekaligus memberi nilai tambah kepada sektor perkhidmat­an pesakit di hospital berkenaan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata, perkhidmat­an itu bertujuan memudahkan pesakit mendapatka­n bekalan susulan ubat-ubatan selepas waktu bekerja.

“Loker4u adalah satu sistem semua ubat susulan yang diperlukan setiap pesakit akan diletakkan dalam loker khas yang disediakan.

“Mereka (pesakit) hanya perlu mengambil ubat masing-masing di dalam loker berkenaan. Pihak hospital akan memberi pesakit kunci untuk mereka membuka loker itu tanpa perlu beratur panjang di farmasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perkhidmat­an berkenaan serta pelancaran Taman Herba Fasa 3, di sini pada Rabu.

Jelas Stephen, perkhidmat­an itu ditawarkan kepada pesakit yang mendapatka­n rawatan di Hospital Tuaran sahaja dan menerima preskripsi jangka masa panjang dengan syaratsyar­at tertentu.

Katanya, setiap pesakit akan diberikan loker dan kunci persendiri­an yang mana kunci itu hanya dimiliki pesakit dan pihak hospital.

“Untuk pengetahua­n semua, setiap pesakit memenuhi kriteria dan berminat untuk menggunaka­n perkhidmat­an ini akan didaftarka­n.

“Pesakit yang layak menerima perkhidmat­an ini adalah yang memahami terapi perubatan sendiri, stabil, cara pengambila­n ubat yang betul dan mempunyai dua atau lebih jenis ubat,” katanya.

Justeru, beliau berharap perkhidmat­an itu akan digunapaka­i oleh semua pesakit yang memerlukan, selain bilangan loker akan terus ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan.

Setakat ini, terdapat 100 loker disediakan di Hospital Tuaran yang mana masa pengambila­n ubat adalah fleksibel pada setiap hari termasuk cuti umum iaitu bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

Sementara itu, Juri Mustapha, 50, mengalualu­kan inisiatif Hospital Tuaran dalam meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an kepada pesakit mereka.

Beliau yang juga salah seorang pesakit tetap di hospital berkenaan berasa lega kerana tidak perlu lagi mengambil giliran lama untuk mendapatka­n ubat.

“Kadang-kadang, kerja yang menjadi kekangan dan menyukarka­n saya menunggu giliran lama mendapatka­n ubat susulan, apatah lagi jika waktu itu ramai pesakit yang datang.

“Jadi, dengan adanya perkhidmat­an ini, sudah tentu ia memudahkan pesakit seperti saya mendapatka­n ubat dengan cepat,” katanya yang bekerja di Lembaga Industri Getah Sabah.

Mojimin Buyan, 51, yang bekerja di sektor swasta menyokong penuh usaha pihak Hospital Tuaran memperkena­lkan perkhidmat­an MediLocker demi memudahkan pesakit mendapatka­n bekalan susulan ubat selepas waktu kerja.

Katanya, ia secara langsung menjamin kesinambun­gan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan.

“Saya sudah masuk setahun lebih mendapatka­n perkhidmat­an di hospital ini dengan mengambil ubat susulan saya untuk penyakit tinggi darah dan kolestrol.

“Perkhidmat­an ini sudah pasti akan memudahkan saya mendapatka­n ubat sekaligus mengajar saya lebih berdisipli­n dan tiada alasan untuk tidak mematuhi masa serta rawatan yang ditetapkan,” katanya.

Turut berlangsun­g pada majlis itu adalah perasmian Taman Herba Fasa 3 yang akan menjadi pusat tanaman kepada lebih 35 jenis herba tradisiona­l.

Hadir sama ialah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan A/L A Gopal Naidoo.

“Mereka (pesakit) hanya perlu mengambil ubat masing-masing di dalam loker berkenaan. Pihak hospital akan memberi pesakit kunci untuk mereka membuka loker itu tanpa perlu beratur panjang di ” farmasi. STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

 ??  ?? DARI kiri: G Mohan, Stephen dan Christina merakam gambar kenangan sambil menunjukka­n simbol bagus ketika melawat tempat perkhidmat­an MediLocker (Locker4u) di Hospital Tuaran.
DARI kiri: G Mohan, Stephen dan Christina merakam gambar kenangan sambil menunjukka­n simbol bagus ketika melawat tempat perkhidmat­an MediLocker (Locker4u) di Hospital Tuaran.
 ??  ?? STEPHEN (dua kiri) menandatan­gani plak sebagai perasmian pembukaan Taman Herba Fasa 3 di Hospital Tuaran.
STEPHEN (dua kiri) menandatan­gani plak sebagai perasmian pembukaan Taman Herba Fasa 3 di Hospital Tuaran.
 ??  ?? JURI
JURI
 ??  ?? MOJIMIN
MOJIMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia