Utusan Borneo (Sabah)

Azura Zainal & Nita Hamzah hos ‘13 Hari Kota Kinabalu, Labuan’

-

BERKONGSI tinjauan mengenai keindahan pulau dan variasi hidupan laut, program ‘13 Hari’ yang kini memasuki siri ketiga siarannya menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali menemui penonton setiap Selasa, jam 12.30 tengah hari di TV Okey (Astro 109) mulai 3 Julai lepas.

Menampilka­n gandingan pengacara Azura Zainal dan Nita Hamzah, 13 episod terbaharu ini lebih padat dengan info menarik kehidupan laut yang unik dan menunjukka­n pelbagai variasi kehidupan di sekitar batu karang yang berwarnawa­rni boleh didapati di Kota Kinabalu dan Labuan, Sabah.

Episod pengenalan­nya membawa hos dan jurulatih menyelam di kawasan kepulauan Mantanani, Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang dikenali sebagai ‘Sahara desert’.

Kawasan berpasir ini mempunyai kehidupan laut yang unik. Episod ini turut menunjukka­n kesibukan Pasar Kota Belud.

Azura pergi bersiar-siar di sekitar Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan.

Kebanyakan daripada seribu orang yang menetap di Pulau Mantanani terdiri daripada orang nelayan. Selain penangkapa­n ikan mereka menghabisk­an masa dengan bermain pelbagai permainan tradisiona­l tempatan.

Seterusnya mengetenga­hkan aktiviti skuba menyelam di kawasan ‘Clement Reef’ di Pulau Mengalum, Sabah, di mana terdapat pelbagai kehidupan laut yang unik.

Episod sama juga menunjukka­n keindahan dan kemudahan yang terdapat di pulau itu yang sangat cantik dengan tepi pantai terbentang luas dan amat popular dengan pelancong daripada negara Cina.

Diikuti perkongsia­n menarik mereka mengunjung­i Kampung Warisan Monsopiad dan kesempatan ada digunakan kedua pengacara menyelam di tapak ‘Turtle Patch.’

Kampung Warisan memperliha­tkan pameran kesenian dan kebudayaan kaum Kadazan.

Tapak selaman pula dipenuhi dengan terumbu karang jenis lembut yang menjadi pelindung kepada ikan-ikan yang kecil.

Lokasi Kampung Lingkubang tidak kurang hebatnya di mana terdapat batu semula jadi yang dikaitkan dengan hikayat masyarakat Dusun.

Mereka menyelam di tapak ‘Agill Reef’ di selatan Pulau Mengalum yang penuh dengan terumbu karang jenis lembut yang menjadi pelindung kepada ikan-ikan yang kecil.

Hos kemudianny­a mengunjung­i Tamparuli, Tuaran dan Pantai Sabandar dan memper-kenalkan tarikan-tarikan pelancong seperti Jambatan Tamparuli, Cowboy Town dan sebagainya sementara seorang lagi hos menye-lam di tapak ‘Clements Reef ’ di selatan Pulau Gaya yang dipenuhi dengan terumbu karang jenis lembut dan keras yang menjadi pelindung kepada pelbagai jenis kehidupan laut.

Berikutnya memaparkan penerangan mengenai Marine Ecology Research Centre di Pulau Gaya dan kajian mengenai kerang kima gergasi di pusat itu.

Turut dilakukan aktiviti melungsur pulau ke pulau dengan cara ‘flying fox.’

Ia juga menunjukka­n dasar laut di Pulau Sapi yang penuh dengan pelba-gai jenis terumbu karang dan kehidupan laut.

Seterusnya penerangan mengenai Borneo Reef World sebuah pelantar yang merupakan pusat sehenti rekreasi marin se-perti berjalan di dasar laut, berkayak, belajar menyelam dan sebagainya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia