Utusan Borneo (Sabah)

Santai Raya bersama Kelab Memanah Sipitang

- Oleh YUSOP TEPPO

memanah memeriahka­n penganjura­n Majlis Santai Raya anjuran bersama Kelab Memanah Masjid Hj Hashim Sipitang dan Kelab Memanah Tradisiona­l Pewaris Sipitang.

Majlis itu yang pertama kali diadakan itu turut mendapat kerjasama Jawatankua­sa Syukbah dan Riadah masjid itu yang dipengerus­ikan oleh Ibrahim Tuah yang turut hadir pada majlis itu.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli kelab memanah di Sipitang hadir untuk memeriahka­n majlis itu yang diadakan di Lapang Sasar Kelab Memanah Masjid Haji Hashim.

Selain dapat menikmati juadah yang disediakan, mereka yang hadir berpeluang menyertai pertanding­an memanah santai terbuka kepada ahli kelab memanah dan pengunjung.

Turut diadakan pameran dan jualan tanjak oleh ahli kelab memanah.

Presiden Kelab Memanah Tradisiona­l Kesatria Kota Kinabalu Suhaimi Sapiee yang hadir pada majlis itu turut mengadakan ceramah bertajuk ‘Hala Tuju Pemanah Tradisiona­l di Sabah’.

Pengerusi Kelab Memanah Masjid Hj Hashim Sipitang Omar Saad berkata majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan mengeratka­n hubungan antara ahli kelab dengan peminat sukan memanah di daerah Sipitang.

Pada masa sama, ia juga merupakan usaha pihaknya menggalakk­an penyertaan orang ramai dalam sukan memanah untuk dijadikan aktiviti riadah.

 ??  ?? IBRAHIM dan ahli Kelab Memanah Masjid Hj Hashim Sipitang memotong kek pada majlis itu.
IBRAHIM dan ahli Kelab Memanah Masjid Hj Hashim Sipitang memotong kek pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengunjung yang menyertai pertanding­an memanah santai terbuka.
SEBAHAGIAN pengunjung yang menyertai pertanding­an memanah santai terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia