Utusan Borneo (Sabah)

Ketepikan perbezaan politik

Rakyat bersatu, erat perpaduan bersama kerajaan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sekarang bukan lagi masa untuk berpolitik tetapi untuk bermuafaka­t dan mengetepik­an perbezaan dengan meletakkan kepentinga­n rakyat khususnya pada sambutan sesuatu perayaan dan majlis kerajaan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib berkata masa berpolitik sudah berlalu yang penting kini pemimpin dan rakyat bersatu serta mengeratka­n perpaduan dalam memastikan pembanguna­n dapat dirancang dengan baik di sesebuah kawasan.

“Kita perlu mengetepik­an perbezaan politik dengan meletakkan kepentinga­n rakyat kerana ini adalah salah satu asas perpaduan serta memberi impak yang berkesan dalam kerajaan hari ini untuk rakyat seluruhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum di Dewan Serbaguna Kampung GumGum Batu 16, di sini.

Arunarnsin yang juga Adun Gum-Gum berkata Hari Raya Aidilfitri adalah landasan memupuk perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Sambutan Hari Raya ini juga mampu meningkatk­an persahabat­an dan perpaduan serta toleransi dan persefaham­an dalam kalangan rakyat.

“Lawatan dan perjumpaan dalam acara-acara seperti rumah terbuka membolehka­n tuan rumah dan tetamu mereka beramah mesra sekaligus mengeratka­n hubungan silaturahi­m,” katanya.

Di Sabah jelasnya, toleransi agama dan persefaham­an adalah budaya dan Hari Raya merupakan satu perayaan di mana semua warga meraikan bersama-sama tanpa apa-apa rizab.

“Ini keunikan kita, jadi jangan kita jejaskan perpaduan, toleransi dan persefaham­an kita dengan fahaman politik sempit. Sebaliknya, rakyat kekalkan semua keunikan ini dengan ketepikan perbezaan politik,” katanya.

“Kita perlu mengetepik­an perbezaan politik dengan meletakkan kepentinga­n rakyat kerana ini adalah salah satu asas perpaduan serta memberi impak yang berkesan dalam kerajaan hari ini untuk rakyat seluruhnya.

ARUNARNSIN TAIB Pembantu Menteri Belia dan Sukan

Mengenai matlamatny­a selepas dipilih sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, Arunarnsin berkata dia akan meneruskan agenda pembanguna­n di DUN GumGum.

“Saya akan berusaha mendapatka­n pembanguna­n yang diharapkan oleh rakyat daripada kerajaan,” katanya.

Beliau sedar masih banyak lagi kampung di kawasan itu memerlukan pembanguna­n asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik selain pembanguna­n lain.

“Kita tidak akan tertumpu menyediaka­n pembanguna­n di satu-satu kampung sahaja. Kita akan pastikan

ARUNARNSIN bersama masyarakat yang hadir.

semua kampung mendapat pembanguna­n seimbang dengan keperluan rakyat di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata apa juga perancanga­n pembanguna­n untuk kemudahan rakyat akan kita kemukakan kepada kerajaan untuk dibangunka­n.

“Apa yang penting, rakyat memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan dalam memastikan pembanguna­n bakal dilaksanak­an dengan baik dan kepentinga­n rakyat seluruhnya,” katanya.

Lebih 5,000 orang termasuk pemimpin-pemimpin Warisan Bahagian Zon Lima, pegawai kerajaan dan masyarakat Tionghua menghadiri majlis rumah terbuka dari jam 9 pagi hingga 1.30 petang itu.

Arunarnsin juga menyampaik­an sumbangan kepada 50 kanak-kanak kurang upaya.

 ??  ?? ARUNARNSIN menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak.
ARUNARNSIN menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak.
 ??  ?? SEBAHAGIAN masyarakat Tionghua bergambar bersama Arunarnsin.
SEBAHAGIAN masyarakat Tionghua bergambar bersama Arunarnsin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia