Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh generasi waris Jamudin disatukan pada Aidilfitri

- ROZMAN (tiga kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang waris keluarga Jamudin.

LABUAN: Tujuh generasi waris keluarga Jamudin berjaya dihimpunka­n dalam satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Ujana Kewangan Labuan pada Sabtu.

Menurut Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksanan­ya Baplik@Ray Banga, kehadiran seramai 374 orang termasuk generasi ketiga keluarga itu ternyata sesuatu yang di luar dugaan.

“Seluruh generasi waris Jamudin datang dari Wilayah Persekutua­n Labuan, Sipitang, Kota Kinabalu, Menumbok, Miri dan Brunei Darussalam dapat kita himpunkan hari ini untuk saling mengenali dan mengeratka­n silaturahi­m antara satu sama lain.

“Alhamdulil­lah, Aidilfitri kali ini amat bermakna kerana kami semua dapat beramah mesra terutama bersama genarasi baharu walaupun mengambil masa untuk mengesan dan menjemput seluruh waris keluarga ini yang sudah menetap di beberapa negeri yang berjauhan,” katanya.

Tambahnya, perhimpuna­n itu adalah penganjura­n kali yang kedua selepas pertama kali pada 11 tahun yang lalu dan berharap majlis itu bakal menjadi lembaran baharu jalinan ukhuwah dalam kalangan waris keluarga Jamudin.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli itu diisi dengan pelbagai acara seperti tahlil arwah, cabutan tiket bertuah, persembaha­n kebudayaan dan jamuan Aidilfitri.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli keluarga Jamudin yang memeriahka­n perjumpaan pada tahun ini. Kami yakin menerusi majlis itu, hubungan lebih erat dan berterusan dapat diadakan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BAPLIK (kiri), Rozman (dua kiri), Simsudin Sidek (tiga kiri) bersama tetamu lain pada majlis itu.
BAPLIK (kiri), Rozman (dua kiri), Simsudin Sidek (tiga kiri) bersama tetamu lain pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia