Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan JPP UMS bersara setelah lebih 34 tahun berkhidmat

-

KOTA KINABALU: Tarikh 3 Julai 2018 merupakan hari berkhidmat terakhir bagi seorang kakitangan Jabatan Pembanguna­n dan Penyelengg­araan (JPP) Umiversiti Malaysia Sabah (UMS) Hj Manap Hj Jainudin.

Beliau yang bersara wajib pada usia 55 tahun dan telah berkhidmat selama 34 tahun lima bulan mula bertugas sebagai penjawat awam pada Januari 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah sebagai pengurus kenderaan universiti sehingga 1995.

Pada Januari 1996, beliau telah diserapkan ke UMS di bahagian akademik dari Januari hingga Disember 2009 dan jabatan pembanguna­n dari Januari 2010 sehingga Julai 2018.

Di majlis meraikan pesaraanny­a, beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua pegawai dan staf di bahagian akademik dan JPP yang telah bersamasam­a menghulurk­an khidmat dan sentiasa memberikan kerjasama kepada satu sama lain.

“Inilah perkara yang tidak akan saya lupa dalam perkhidmat­an saya semenjak bersama di Universiti Malaysia Sabah termasuk di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah,” katanya.

Terdahulu itu, Pengarah JPP UMS Ir Pungut Ibrahim merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Manap di atas kerjasama dan sumbangan bakti beliau semasa melaksanak­an tugas di JPP khususnya dan di UMS amnya.

Beliau mendoakan agar beliau sentiasa dalam keadaan sihat dan walafiat bersama keluarga di samping keluarga tercinta.

Beliau mengingatk­an kepada semua staf JPP agar dapat mengingati jasa beliau semasa bertugas di JPP dan menjadikan­nya sebagai teladan yang terbaik.

“Walaupun baru sahaja bersama beliau dalam JPP namun cara pelaksanaa­n beliau amat saya sanjungi dan hormati. Semestinya contoh yang telah diberikan akan menjadi teladan kepada staf yang masih berkhidmat di JPP,” katanya.

Tambahnya, setiap staf yang masih berkhidmat di UMS khususnya di JPP perlu melaksanak­an tugas dengan

MANAP bersama pengarah dan staf JPP semasa merakam kad yang terakhir di JPP.

amanah, jangan ada staf yang dalam bertugas tetapi berada di luar kawasan.

“Perkara sedemikian sememangny­a akan merugikan majikan yang menggajika­n anda untuk berkhidmat di UMS.

“Kita perlulah jujur dalam melaksanak­an tugas dengan amanah dan menghormat­i aku janji yang telah dibuat semasa melapor diri di UMS,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia