Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka Pas Sabah pada 15 Julai

-

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah akan menganjurk­an Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Sabah pada 15 Julai, bermula jam 1 hingga 4 petang.

Pesuruhjay­a Pas Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata program seumpama itu yang diadakan setiap tahun adalah untuk bersuai mesra serta menjalinka­n ukhuwah dan silaturahi­m dengan semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama.

“Sambutan pada tahun ini akan diadakan di perkaranga­n Pejabat Pas Kawasan Keningau, The One Plaza Keningau, bersebelah­an Hospital Keningau. Semua pimpinan Pas Sabah akan bersama dalam majlis ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya pelbagai menu tradisiona­l dan moden akan disediakan untuk jamuan semua hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia